Friday 22 February 2013

KALIMAH ALLAH !!! POZIAH TORON SAMA BEBAL MACAM KARPAL


Bodoh ! bengap ! Otak tahap lembu, kurang pengetahuan tentang Islam, itu yang patut aku cakap kat Ahli Parlimen Kuantan Fauziah Salleh atau lebih dikenali sebagai Poziah Thoron..

Semua umat Islam lain menentang pengunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu, si MP sekor ni pi sokong pulak apa yang Dap mintak.. Poziah sedar maksud kalimah Allah boleh timbul kekeliruan tapi dia sokong tu buat apa??

Tak ke bengap namanya..Berapa ramai pengundi orang kristian kat Kuantan tu sokong kau?? cecah 50% ka? Tolong jangan nak jadi ajinamoto pasal kalimah Allah..Kau tu bukan taraf Ust Haron Din kalau nak cakap bab agama.. Tolong sedar sikit..


PKR:Jangan larang guna kalimah Allah dalam Bible

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh hari ini secara terbuka menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.
Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng yang mahukan penganut Krisitian di Semenanjung menggunakan Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” Fuziah memberitahu Antarapos.

Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat.

Beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

Pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS.

Bagaimanapun Azmin membayangkan pendirian Syura itu tidak akan diangkat untuk mengganti atau dijadikan tambahan kepada ketetapan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu.

Fuziah menegaskan kalimah Allah tidak pernah menjadi hak eksklusif umat Islam kerana digunakan sejak zaman Jahiliah.

“Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang,” kata beliau.

“Jadi kalau sebelum Islam datang orang-orang Arab Jahiliyah pun sudah guna perkataan Allah, jadi bagaimana boleh hina Islam?,” tambah beliau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive