Saturday 23 February 2013

PANASS !! AZIZAN TERLUPA ATAU BUAT BUAT LUPA ?? #TukarKedah


Memang hebat lakonan Azizan untuk tutup bau taik yang ditinggalkan Jamil dalam pentadbiran KUIN..Paling menariknya Azizan sanggup bohong kata staff KUIN tak pernah mai jumpa dia..

Aku taktau la Azizan ni nyanyuk ka, pelupa ka atau buat buat lupa bahawa wakil kakitangan KUIN dalam 6 orang pi jumpa dia sendiri di rumah Azizan kat Jalan Sultanah.. Semua yang pi jumpa dia tu pulak penyokong Pas sebab nak bincang hal ni elok2.Depa nak habaq kat Azizan yang Jamil rektor duk pebodoh dia..Semua report Jamil hantaq kat Azizan hanyalah rekaan semata mata.

Tapi Azizan tak mau percaya..Dia siap marah lagi kat staff KUIN yang pi jumpa malam tu..Aku takmau lah sentuh hal2 peribadi yang terkeluaq malam tu di rumah Azizan..Tapi aku cuma nak terangkan memang ada pertemuan antara wakil staff KUIN dengan Azizan sebelum ni..

Tapi nak buat macamana nasib tak menyebelahi staff KUIN pada malam tu..Jadi pada bulan Jun 2012 depa serah memorandum kat Exco Agama dan Pendidikan Taulan Rasul dan disaksikan sendiri oleh Jamil muka tak tahu malu..




Orang yang serah memorandum tu pun orang yang sama pi jumpa Azizan..Takkan depa saja nak reka cerita ni?? Yang sedihnya bila Azizan kata kat Staff KUIN kalau tak suka KUIN pi berambus kerja kat tempat lain..wah wah, Azizan buat KUIN ni macam harta Pas..Padahal semua staff KUIN yang dizalimi ni kerja berpuluh tahun, malah ada yang kerja dari awal awal penubuhan KUIN..

Mereka berjuang atas hak dan kebajikan mereka sebagai staff, bukannya dibayar oleh mana mana parti politik..Sapa tak marah kalau kerja bagai nak gila tapi gaji sampai 4 bulan tak bayar?? Duit caruman KWSP , pinjaman bank dan insuran tiap tiap bulan potong dari gaji tapi, pihak pengurusan tak bayar kepada agensi terlibat..

Contohnya pinjaman bank, staff terpaksa tanggung beban bunga yang tinggi gara gara KUIN tak bayar sampai 4 hingga 6 bulan tunggakkan..Sekarang ni pulak semua bank bekukan segala jenis pinjaman terhadap staff KUIN kerana mereka kurang yakin dengan pihak KUIN untuk membayar ansuran bulanan..

Jadi, kat sini kita dah nampak betapa sengsaranya hidup mereka..Kalau kita kerja lambat dapat gaji seminggu pun dah bising..Inikan pula sampai 4 bulan..Dahlah penyelarasan gaji 13% tak diluluskan, bonus tahunan pun tak dapat jugak..

Dulu masa zaman BN perintah, KUIN dianggap sebagai salah satu lubuk Pas paling kuat dalam pentadbiran kerajaan BN..Tetapi Kerajaan BN tetap jaga dan berikan yang terbaik buat KUIN kerana KUIN adalah satu satunya pusat pengajian berteraskan Islam di utara pada ketika itu..

Walaupun pada awal penubuhan KUIN hanya melibatkan lebih kurang 4 bidang (kalau tak silap) tetapi sambutan cukup mengalakkan.. Saban tahun bilangan pelajar sentiasa bertambah.. Selepas saja Kerajaan Pas menerajui KUIN, bilangan pelajar makin berkurangan sejak KUIN sekarang ini menawarkan lebih dari 10 kuliyyah pengajian..

Disebabkan kurang pelajar masuk mendaftar, KUIN sekarang ini dilihat sebagai satu beban buat Kerajaan Negeri dimana Kerajaan Negeri terpaksa mengeluarkan sejumlah dana yang tinggi untuk membiayai kos pengurusan dianggarkan 10juta ke 15juta setahun..Itu pun belum termasuk lagi wang wang dari GLC yang dirayu oleh Jamil..

AZIZAN PERNAH JUMPA STAFF KUIN YANG DIANIAYA JAMIL
Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pernah bertemu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyelesaikan masalah mereka tetapi tidak begitu diberikan perhatian.

Sambil menafikan dakwaan Azizan bahawa kakitangan Kuin tidak pernah bertemunya sebaliknya membawa masalah mereka itu kepada media, Penolong Pendaftar Kanan Kuin Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata pertemuan itu pernah diadakan pada Mei tahun lepas.

Beliau yang mewakili 400 kakitangan Kuin berkata Azizan lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa wakil kakitangan Kuin seramai enam orang pernah bertemu dengan beliau di rumahnya di Jalan Sultanah pada 14 Mei 2012 pukul 9 hingga 11 malam.

Katanya pertemuan itu bagi membincangkan permasalahan dalam Kuin, namun Azizan masih mempercayai maklumat dan laporan tidak benar yang disampaikan Rektor Kuin Prof Datuk Dr Jamil Osman kepadanya dan tidak mempercayai aduan yang dibawa kakitangan Kuin.

"Kami dah jumpa dia untuk berbincang, tapi dia lupa kot. Rektor Kuin pun kami dah jumpa tapi dia lari bila berhadapan dengan kakitangan Kuin. Mungkin (Azizan) dia pelupa.

"Tapi jangan tuduh kita tak berunding. Kita dah berunding dengan Jamil dan berunding dengan Azizan, juga pernah bertemu Exco Pendidikan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul namun tiada tindakan, bahkan mereka menipu rakyat dalam media," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Muhammad Azki berkata kenyataan Azizan sebelum ini yang menyatakan staf Kuin adalah ejen Umno dan menyuruh kakitangan Kuin supaya meninggalkan Kuin sebagai pandangan sempit seorang pemimpin yang suka lupa dan tidak bertanggungjawab.


"Tak sepatutnya seorang Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat bertindak menghentam rakyat, sepatutnya dia kena jadi orang tengah selesai masalah rakyat," katanya.

Katanya apabila Azizan dan Taulan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar mengenai isu itu, mereka sebagai kakitangan perlu tampil supaya rakyat Kedah tahu masalah sebenar kebajikan kakitangan Kuin yang diabaikan.

Mengenai dokumen palsu yang diarahkan oleh Jamil bagi kegunaan mahkamah, beliau berkata sepatutnya Azizan menentang kemungkaran bukan menyokong Jamil sebagai rakan sehingga sanggup menghalalkan kemungkaran.

"Di manakah prinsip perjuangan Azizan. Jika Azizan masih berkeras untuk tidak mahu mengambil tahu mengenai masalah Kuin, seluruh kakitangan Kuin yang berjumlah melebihi 400 orang mendesak agar Azizan berundur daripada sebarang jawatan dalam Kuin dan Azizan serahkan jawatan pengerusi Kuin kepada orang lain yang mahu ambil peduli mengenai Kuin," katanya.

Beliau turut mempertikai tindakan Azizan yang meminta mereka berhenti daripada Kuin dan mencari kerja di tempat lain.

"Yang Azizan nak ugut kami kami suruh cari kerja tempat lain dan berhenti Kuin pasai apa? Sepatutnya bila Kuin dah celaru di bawah Azizan, Azizanlah kena keluar dari Kuin bukan kami. Kita pun tahu semua orang dah tak suka pada Azizan. Di Kuin 95 peratus kakitangan tak suka pada Azizan.

"Orang PAS pun dah mula tolak Azizan, jadi betullah Azizan yang kena letak jawatan dan tinggalkan Kuin," katanya merujuk kepada tindakan beberapa penyokong PAS yang mengadakan demonstrasi beberapa hari lalu meminta Azizan berundur dan melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri.

Azizan sebelum ini mendakwa kakitangan Kuin sebagai ejen Umno kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej universiti itu. Beliau turut mendakwa kakitangan terbabit tidak pernah bertemu dengannya bagi menyelesaikan masalah secara baik tetapi lebih suka mengadu kepada media.

Kenyataan itu menimbulkan rasa tidak puas hati kakitangan Kuin yang kesal dituduh sebagai ejen Umno, sedangkan mereka mendakwa tidak pernah dibayar mana-mana parti politik, sebaliknya hanya berjuang untuk hak dan kebajikan masing-masing.

Sebelum ini, kakitangan Kuin mendakwa kolej universiti milik kerajaan negeri Kedah itu tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bank, insurans dan institusi kewangan yang lain sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.

Mereka mendakwa sikap Kuin yang tidak membuat pembayaran itu menyebabkan tunggakan tiga hingga enam bulan mengakibatkan sebahagian besar kakitangan Kuin terpaksa menanggung beban seperti dikenakan caj kelewatan oleh bank, menerima surat amaran peguam, surat amaran kereta ditarik dan polisi insurans ditamatkan.

Sehubungan itu, dua laporan polis dibuat beberapa kakitangan Kuin terhadap dakwaan berlakunya penyelewengan dalam Kuin dan satu laporan telah dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhubung masalah itu. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive