Thursday 21 February 2013

KAKITANGAN KUIN DITINDAS !!! SHARIZAT DESAK AZIZAN TUBUH JAWATANKUASA !!! #TukarKedah



Semalam aku berkesempatan untuk menghadiri satu sesi sidang media khas berkenaan isu KUIN yang diadakan di pejabat Pergerakkan Wanita Umno Malaysia PWTC yang dikendalikan oleh Dato Seri Sharizat Abdul Jalil..

Dalam sidang media itu Ds Sharizat menegaskan kesediaan Wanita Umno dalam membantu kakitangan yang ditindas dan tidak dapat pembelaan langsung daripada Kerajaan Pas negeri Kedah dan juga Pengerusi KUIN merangkap Menteri Besar Kedah..

Dalam perjumpaan ini, Wanita Umno tampil untuk menawarkan khidmat guaman kepada kakitangan KUIN yang dinafikan hak mereka sebagai kakitangan KUIN..

Wanita Umno juga mengesa agar Pengerusi KUIN merangkap Menteri Besar agar membuat satu jawatankuasa khas bagi menyiasat isu isu yang dibangkitkan..





Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendesak agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah yang melanda kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Tegasnya, Azizan patut lebih bertanggungjawab dan menangani masalah ini dengan lebih bijak dan adil.

"Saya ingin bertanya kepada Azizan, dahulu mereka sanggup menukar perjuangan parti mereka dari memperjuangkan Islam kepada kebajikan.

"Tetapi kini bila ianya dituntut mengapa Azizan berdiam diri malah menuduh mereka yang bangkit menuntut hak dan kebajikan mereka dibela sebagai ejen yang diupah oleh UMNO. Sudahlah guna taktik yang sama... Dah basi... tuduhan ini sebenarnya merupakan satu penghinaan kepada semua kakitangan dan pelajar KUIN yang menuntut hak mereka," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas perjumpaan khas bersama wakil kakitangan KUIN di Ibu Pejabat Pergerakan Wanita UMNO di PWTC, hari ini.

Pertemuan bersama wakil kakitangan KUIN ini juga disertai dengan wail-wakil peguam yang bersiap sedia untuk membantu khidmat nasihat peguam percuma.

Jelas Shahrizat khidmat nasihat guaman percuma ini adalah bertujuan memastikan hak dan kebajikan kakitangan dan saraan hidup keluarga mereka terbela.

"Kita melihat isu kakitangan KUIN menuntut hak dan kebajikan mereka adalah isu kemanusiaan kerana selain daripada lewat dibayar gaji, kakitangan juga berdepan masalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan Lembaga Tabung Haji serta ansuran bank tetapi malangnya mereka kini diancam dengan tindakan tatatertib. Ada juga yang bakal diisytihar muflis.

"Bayangkan bagaimana mereka mahu hidup sekiranya mereka tidak bayar gaji tidak menentu dan diisytihar muflis. Lihat, isu KUIN inipun Azizan gagal tangani apatahlagi mahu mentadbir negeri dan seterusnya negara," ujarnya lagi. -- MediaUMNO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive