Thursday 14 February 2013

PEMUDA PAS AMBIL MASA 10 HARI NAK BACKUP AZIZAN ??



Pemuda Pas Negeri Kedah menyokong tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hadir pada program My Beautiful Malaysia anjuran kerajaan pusat, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, 3 Februari lalu, walaupun sesetengah pihak menyifatkan ianya keterlaluan.

Ketuanya, Ahmad Yahya berkata, sikap profesional Azizan terbukti dengan kehadiran beliau itu walaupun program berkenaan dilancarkan serentak oleh perdana menteri di seluruh negara.

“Ini menunjukkan keharmonian yang terjalin antara kerajaan negeri dan pusat walaupun berbeza fahaman politik. Sewajarnya jalinan kerjasama ini wujud untuk jaga kepentingan rakyat,” katanya.

Menurutnya, ketidakpuasan hati segelintir pihak yang turut didakwa melibatkan ahli Pas Kedah tidak wajar dilayan, kerana Azizan sudah pun membuat penjelasan berhubung kehadirannya.

“Itu hanya pandangan segelintir, bukan dari kepimpinan negeri. Kami sokong selagi pemimpin itu tidak lari daripada dasar parti,” katanya.

Mengulas mengenai kewujudan rakaman audio yang didakwa melibatkan ahli Pas yang mengkritik Azizan menyertai program pusat serta mahu menjatuhkan Azizan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahmad berkata, kesahihan rakaman boleh dipertikai kerana sesiapa sahaja boleh bercakap dan mendakwa ia ahli Pas.

“Usaha mahu menjatuhkan Azizan termasuk Pakatan Rakyat (PR) Kedah berlaku setiap hari sejak kita ambil alih Kedah. Perkara ini berjalan hingga PRU13 dan bukan sesuatu yang pelik atau mustahil berlaku,” katanya.

Menurutnya, sekiranya dakwaan terbabit benar melibatkan ahli Pas, kemungkinan ianya sekadar sembang kedai kopi dan tidak serius.

“Pas sudah lama didik ahlinya supaya jaga kepentingan parti, meletakkan perjuangan parti melebihi peribadi. Saya percaya ahli Pas tak terlibat dalam usaha jatuhkan Azizan seperti didakwa,” katanya.

Pada 4 Februari lalu, Azizan berkata, beliau menyokong program My Beautiful Malaysia kerana ianya berkonsepkan gotong royong perdana, dan menepati dasar awal yang beliau perkenalkan sebaik mengambil alih pentadbiran negeri.

Azizan turut menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau mcm tu YB Ust Nasha x blhla dilucutkan keahlian majlis Syura PAS..sebab dia hadir bersama PM di Gaza krn isu Islam sejagat iaitu Palestine...cmana ni yop..korang ni pilih2 bulu la plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive