Tuesday, 12 February 2013

PANASS !! PUAK ANWARINAS BUKTIKAN MEREKA ANTI NASHA


Ustaz Nasha belum lagi tinggalkan Pas tapi Husam dah suruh Umno ambil Nasha sebagai calon untuk bertanding atas tiket Umno..Sedangkan Ust Nasha hanya dibuang dari Maljis Syura dan bukannya dipecat dari Pas..

Malah Ust Nasha sendiri mengakui beliau masih lagi ahli Pas dan tidak akan sertai mana mana parti politik lain..Beliau nekad akan membawa perubahan dalam Pas..

Atas sebab itulah Husam terpaksa cari jalan agar Ust Nasha dipecat dari Pas dengan mengunakan taktik bertanding atas tiket parti lain..Maka Pas tak perlu keluarkan surat pemecatan kerana keahlian Nasha digugurkan secara automatik..




Barisan Nasional (BN) disaran beri peluang kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berminat dan memerlukan bekas orang nombor dua Pas itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, BN terutama Umno tidak harus mengetepikan Nasharudin dalam pilihan raya ini kerana beliau sudah bekerjasama dengan parti itu sejak 2008 lagi.

Antaranya, beliau didakwa pernah cuba melobi untuk menubuhkan kerajaan gabungan Pas dengan Umno di Selangor dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

"Nasharudin kelihatan seperti begitu cuba untuk membantu Umno dalam pelbagai hal hingga ketepi kepentingan Pas sendiri. Kerana itu, jika benar Umno perlukan dia, buka peluang untuk dia bertanding di mana-mana kerusi atau beri laluan di Bachok," katanya pada sidang media di Kota Darul Naim, semalam.

Husam berkata, pengguguran Nasharudin daripada Majlis Syura Ulama Pas bukan disebabkan kerjasamanya dengan Umno, tetapi ketidakhadirannya dalam beberapa mesyuarat Majlis Syura dan Pas Pusat.

"Kalau dia nak, dia boleh merayu semula. Saya cadangkan dia kembali, tetapi dengan syarat, dia mesti patuh pada peraturan dan hadir mesyuarat seperti biasa. Dia bukan Umno tapi semua kerja yang dilakukan adalah untuk membantu Umno.

"Kalau kita kahwin dan isteri main kayu tiga, dayuslah kalau kita tidak tegur perbuatan dia," katanya.

Menurutnya, pendekatan Pas adalah menepati matlamat untuk menukar dasar kerajaan yang zalim.

1 comment:

Belia Bangkit said...

Salam... mohon dipautkan link blog ini ke blog tuan. Tqvm

http://beliabangkit.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive