Inilah perangai loyar cabuk PKR..Dah takdak kerja lain semua nak salahkan Polis..Dah terang terang kematian pengawal keselamatan Sugumaran tu takdak kaitan dengan Polis..Pihak Polis dah jawab dengan jelas kes kematian ni.. Lepas tu siap nak bawa Dr Pornthip buat bedah siasat ke 2..
Tapi disebabkan Dr Pornthip yang pernah jadi kontroversi masa bedah siasat Teoh Beng Hock tak mahu terlibat dalam kes Sugumaran, PKR terpaksa guna cara lain pulak..
Lantas loya cabuk PKR ni kata gesaan untuk adakan bedah siasat kali ke 2 Sugumaran ini atas desakkan rakyat.. Kenapa perlu guna nama rakyat ? Sedangkan PKR yang sibuk politikkan isu kematian ni.?? Pihak Polis dah banyak kali terangkan masa anggota PDRM temui Sugumaran beliau dalam keadaan tidak terkawal dan sedang mengamuk merosakkan harta benda awam..
Pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand hari ini menolak jemputan peguam PKR untuk melakukan bedah siasat kedua bagi menyiasat kematian C Sugumaran, pengawal keselamatan yang didakwa meninggal dunia akibat dipukul pihak polis.
Peguam, N Surendran dalam satu kenyataan bersamanya dengan Latheefa Koya hari ini berkata, Dr Pornthip memaklumkan bahawa beliau tidak dapat melakukan bedah siasat kedua atas “alasan peribadi”.
Kenyataan Dr Pornthip itu dikeluarkan sejurus peguam PKR itu mengeluarkan kenyataan kepada media hari ini yang mendakwa Hospital Serdang bersetuju untuk melakukan bedah siasat kedua, dan dijangka tiba di Malaysia pada 20 Februari depan.
“Sekarang keluarga Sugumaran akan mencari alternatif lain,” kata Surendran dalam satu kenyataan.
Menurut Surendran dan Latheefa Koya, atas desakan orang ramai pihak Hospital Serdang telah bersetuju untuk melakukan bedah siasat kedua, malah akan menyediakan peralatan bagi menjalankan bedah siasat tersebut.
Sebelum itu, pihak kementerian kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk melakukan bedah siasat kedua, walaupun pada awalnya menegaskan mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak polis dan mahkamah.
Bedah siasat pertama Sugumaran sebelum ini telah dijalankan oleh Hospital Serdang, dan hasilnya mendapati pengawal keselamatan itu meninggal dunia akibat serangan jantung.
Keluarga mangsa yang tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat itu bagaimanapun telah membuat tuntutan untuk bedah siasat kedua dilakukan oleh Dr Pornthip.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah meminta laporan forensik di atas kematian Sugumaran sebelum ini selepas isu tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat Kabinet.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah diarahkan untuk mengendalikan laporan tersebut selepas presiden MIC Datuk Seri G Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menimbulkan isu kematian pengawal keselamatan semasa mesyuarat Kabinet.
Beberapa saksi melihat Sugumaran terbaring di atas jalan berhampiran rumahnya di Batu 12, Hulu Langat pada 23 Januari lalu serta menuduh anggota polis yang menangkap dan menggarinya telah membelasah mangsa hingga mati.
Polis bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.
“Atas tekanan rakyat pihak berkuasa kesihatan bersetuju untuk bedah siasat kedua walaupun sebelumnya menegaskan arahan bertulis perlu diterima daripada polis ataupun mahkamah.
“Kami berharap pada masa hadapan, pihak hospital kerajaan tidak lagi meminta kebenaran bertulis polis dan mahkamah untuk bedah siasat kedua,” kata Surendran dan Latheefa.
Kematian Sugumaran antara kematian yang berlaku melibatkan pasukan polis, antara yang lain adalah mendiang Chang Chin Te awal tahun ini, A Kugan dan R Gunasegaran pada 2009, anggota polis menembak remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah pada 2010 dan beberapa lagi kes tembakan polis yang membawa kematian sejak dua tahun ini.
Majlis Peguam, masyarakat awam dan beberapa ahli politik daripada kedua-dua belah pihak telah sekata menggesa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk merombak pasukan polis sejak 2006 lagi.
Aku terbaca komen dari Saudara Ramesh Rao Pertubuhan Minda&Sosial Prihatin di AntaraPos, beliau mendakwa Dr Pornthip Rojanasunand dah tahu permainan Kotor PKR yang sengaja cuba jadikan isu kematian Sugumaran untuk mengalih Pandangan Kaum India dari isu isu penipuan PKR-Contohnya 300k Kaum India Tanpa IC! Janji Janji PKR kaum India 2008 yang belum dilaksanakan lag! Kaum India tidak akan terpedaya dan termakan dengan Main murahan macam ini lagi!
Bagi Beliau JENAYAH semakin meningkat di malaysia kerana PR..Buktinya Jika Penjenayah Ditangkap Peguam PR akan Bela! Jika dipukul dalam Lokap Puak PKR akan berdemo! Bagaimana nak kurangkan Jenayah!
6 comments:
ULAMAK KELANTAN ISYTIHAR HARAM UNDI PAS PADA PRU - 13.
bedah siasat lawyer 2ekor tu hidup2..tgk otak dia berfungsi ke tidak..
Setuhu sangat2!
Suruh bedah siasat anwar sekali
terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/
terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/
Post a Comment