Saturday 16 February 2013

PANASS !!! PAS KEDAH UNGKIT HUTANG BN UNTUK TUTUP HUTANG PAS CECAH 3 BILION !!! @tankengliang





Rupa rupanya Pas Kedah nak sembunyikan sesuatu dari rakyat Kedah dengan mengunakan modal hutang zaman BN dahulu sebagai modal berkempen pada PRU13 kali ini..Tan Keng Liang mendedahkan kerajaan Pas Kedah berhutang kira kira hampir RM 3 Bilion sejak Pas mentadbir kerajaan negeri pada tahun 2008..

Cuba bayangkan dalam masa 5 tahun saja kerajaan Pas Kedah telah berhutang mencecah RM 3 Bilion..
Jumlah hutang itu membabitkan Rancangan Bekalan Air (RM1.9 bilion), Perumahan Awam Kos Rendah (RM152.75 juta), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (RM372.56 juta) dan pelbagai (RM153.45 juta).

Kerajaan negeri pimpinan PAS mencipta rekod apabila menanggung hutang sekurang-kurangnya RM2.933 bilion yang disifatkan jumlah tertinggi dalam sejarah pentadbiran negeri itu..

Ini bermakna dalam masa satu tahun Pas Kedah berhutang sebanyak 600 juta..



Kos pinjaman sebanyak RM 330 juta untuk pembinaan komplek KUIN di Kuala Ketil turut menyumbang kepada peningkatan jumlah hutang itu oleh kerajaan negeri atas nama anak syarikat Bina Darulaman Berhad (DBD) iaitu Kedah Sato SDn Bhd (KKSB) pada 2010.

Tan Keng Liang berkata jumlah hutang itu dilaporkan jauh lebih tingi berbanding baki wang tunai kerjaan negeri mengikut Laporan Audit Negara 2011, yang hanya tinggal RM193.22 juta.

"Bagi hutang melalui KSSB yang dipinjam daripada Bank Islam dan Affin Islamic Bank berjumlah RM330 juta itu, kadar bayaran balik oleh syarikat itu adalah RM49.2 juta setahun bermula Disember 2013,".. Jadi berapa jumlah keseluruhannya perlu dibayar oleh kerajaan Pas Kedah untuk lunaskan hutang pinjaman komplek KUIN ??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive