Saturday 5 January 2013

PANASS !! MAT SABU MENGAKU BUKAN AHLI AGAMA !!




sebenarnya?...Adakah Mohamad Sabu keliru, celaru atau tidak tahu apabila buat kenyataan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam?

Peliknya, pemimpin PAS lain seperti Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menyatakan pendirian parti itu bahawa terjemahan Bible harus ikut teks asal Bible Bahasa Melayu harus gantikan istilah God dengan Tuhan bukannya Allah.

Apakah tujuan Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian kepada portal berita pro pembangkang The Malaysian Insider?

Adakah kerana mahu menyokong Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kembali mencetuskan kontroversi dengan meminta kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil Bahasa Melayu dalam perutusan Krismasnya, baru-baru ini?

Ini tidak mustahil kerana ramai mengetahui Mohamad amat rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, malah ada ibaratkan mereka macam ‘adik abang’.

Cuma beliau guna alasan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi awang pernah keluar kenyataan pada 2010 tidak melarang penganut agama selain Islam untuk guna kalimah Allah.



Hanya kerana itu, Mohamad yang pernah dikaitkan dengan kes khalwat bersama isteri orang, Normah Abdul Halim pada 1994 menyatakan, PAS masih kekal dengan pendirian dinyatakan oleh Hadi.

Namun, benarkah PAS berpendirian seperti didakwa Mohamad?

Ini kerana Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam respon berhubung polemik itu baru-baru ini jelas bercanggah dengan pendirian Hadi pada tahun 2010 apabila berkata kalimah “Allah” dalam Alkitab, terjemahan Injil bahasa Melayu tidak akan mencerminkan maksud asal ayat tersebut.

“PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.”

Justeru itu, timbul persoalan apakah Mohamad keliru, celaru atau tidak tahu?

Jawapan tersebut diberikan sendiri beliau kepada portal rasmi parti itu pada Jumaat.

“Saya bukan ahli agama, tapi saya menyokong apa yang telah diputuskan oleh Mursyidul Am PAS ( Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ) dan Presiden PAS (Abdul Hadi) dalam isu penggunaan kalimah Allah,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut menjelaskan tidak mengikuti perkembangan isu kalimah Allah yang tercetus sejak Krismas yang lalu kerana baru saja pulang dari luar negara.

“Jadi kenyataan Tuan Ibrahim saya pun tak baca lagi,” kata beliau.

Itulah akibatnya jika bukan ahli agama cuba bercakap soal agama.

Mohamad berkata ketika menjawab soalan wartawan-wartawan yang menelefonnya, beliau hanya merujuk kepada penggunaan kalimah Allah secara awam di mana PAS telah memutuskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakannya.

“Saya tidak merujuk kepada terjemahan kitab Bible tapi hanya penggunaan kalimah Allah secara general,” kata beliau.

Pengakuan itu sekaligus mendedahkan siapa Mohamad yang menewaskan Nasaruddin Mat Isa dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan lalu.

Rupa-rupanya ada sebab kenapa Mohamad membuat penjelasan sedemikian kepada lidah rasmi parti itu.

Mustafa ketika dihubungi Agendadaily menjelaskan, PAS berpendirian bahawa orang Kristian atau agama lain boleh menggunakan kalimah Allah hanya dalam pertuturan bukannya dalam tulisan.

“Kalau ditulis, ianya akan memberi makna lain,” katanya.

Menurut beliau, dalam terjemahan Bible memang tidak boleh God digantikan dengan Allah.

Beliau menegaskan, Mohamad membuat kenyataan itu berdasarkan pendapat umum dan tidak memahami secara jelas apa maksud pendirian PAS dalam isu berkenaan.

Kenyataan Mohamad turut mengundang kritikan keras Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang berpendapat pandangan itu dilihat sebagai pandangan rasmi parti itu terhadap isu kalimah Allah.

“Pandangan PAS ini sekali gus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan sambutan Krismasnya baru-baru ini,” kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dalam muka bukunya.

Beliau turut merujuk kenyataan Mustafa, Tuan Ibrahim dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang menjelaskan bahawa kalimah Allah
hanya layak diguna oleh orang Islam.

Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan “God” yang membawa makna Tuhan. Pemakaian “God” untuk Tuhan memang telah digunakan sejak awal tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Katanya, sebelum ini, waktu isu kalimah Allah hangat diperkatakan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr harun Din telah membuat satu penegasan bahawa orang Islam yang mencadang dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, mereka telah melakukan perbuatan syirik dan kufur.

Malah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib juga dengan tegas melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah hak mutlak orang Islam dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk merujuk tuhan-tuhan yang lain selain Allah Yang Maha Esa.

“Sukar bagi kita menggambarkan bagaimana bercelarunya ahli dan penyokong Pas dan masyarakat Islam di negara ini. Tak cukup dengan kekeliruan Amanat Hadi Awang ditambah pula dengan kecamukan pandangan pimpinan tertinggi parti tersebut dalam isu yang sangat besar yang melibatkan akidah umat Islam,” katanya.

Menurut Dr Hasan, jelas bahawa pengaruh Anwarinas atau parasit begitu hebat.

“Apa sahaja permintaan DAP dan PKR seperti kalimah Allah diraikan sedemikian rupa. Sementara Presiden Pas yang setiap hari diasak untuk menarik balik Amanatnya pada tahun 1981 itu dibiarkan keseorangan. Sehingga kini tidak seorang pun pimpinan tertinggi PAS terutamanya kumpulan parasit yang tampil membela presiden mereka,” tegasnya.

Barangkali pandangan Dr Hasan ada benarnya dan harap-haraplah Mohamad atau Mat Sabu berfikir dahulu sebelum bercakap. Ingatlah, hanya jauhari mengenal manikam!

SUMBER AGENDA DAILY


MTK
Patutlah rela makan babi dengan Guan Eng dari makan Ayam dengan DS Najib

1 comment:

Anonymous said...

Belajar di Kolej MARA (waktu itu) pun tak lulus (pas) sebab itulah di masuk PAS. Aku nampak muka dia macam orang DOWN SINDROM saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive