Monday, 31 December 2012

PANASS !! PHAROLRAZI MULA CUCUK ANGIN DI SUNGAI LIMAU ?!!




Sedang sibuk Azizan menyusun kroninya membalak di Kedah bagi menyapu segala yang boleh sebelum PRU, Azizan tak sedar, bahawa kedudukannya di kandang sendiri pun sudah tidak selamat. Didalangi oleh orang kuatnya sendiri, kerusi Azizan sebagai Adun Sungai Limau nampaknya tipis untuk menang.

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa, Azizan menang di Sungai Limau pun dulu atas undian pengundi import. Pengundi luar yang didaftarkan khas untuk mengundi di Sungai Limau. Laporan menunjukkan bahawa ada 3000 pengundi import Pas dikawasan Azizan.

Mereka bukan pengundi hantu, tetapi pengundi yang dibawa berhijrah secara terancang dan berperingkat untuk mengundi disesuatu tempat yang Pas mahu mereka menang. Contohnya seperti di Sungai Limau dan ada beberapa tempat lain.



Cara ini sebenarnya diguna pakai oleh Dap di Pulau Pinang dan Johor. Dap pula belajar cara ini dari PAP di Singapura, menjatuhkan undi melayu dikawasan yang dikuasai melayu dengan pindahkan kaum cina bagi menyaingi kaum melayu, lalu kawasan tersebut menjadi majoritinya cina, lalu PAP berjaya menawan kawasan tersebut.

Sekarang Pakatan Haram pula mengambil cara tersebut dan melakukan disetiap kawasan yang mereka mahu menang, Di Kedah, ada beberapa kawasan yang dikesan mempunyai pergerakan pengundi secara terancang. Bab pergerakan pengundi ni, kita buka story lain nanti. Sekarang kita fokus, macam mana Azizan akan dikalahkan di kawasan sendiri.

Orang yang bertanggung jawab membawa masuk 3000 pengundi luar untuk Azizan, telah berpaling tadah dengan menyertai geng Phahrolrazi dalam Pas Kedah. Atas alasan, sejak Azizan jadi MB Kedah, dia tak pernah peduli langsung kebajikan orang Pas di kawasan Sungai Limau, atas sebab demikian, ramai yang kecik hati dengan Azizan..Baca seterusnya

1 comment:

taipingcentral_harapan melayu said...

Salam Sahabat seperjuangan..

Mohon dapat di linkkan blog saya tuan..

http://taipingcentral.blogspot.com/

Untuk posting blog Terbaru saya:

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/live-hmetromy-bongkar-5-artis-malaysia.html?m=0

Semoga perjuangan Kita menambahbaikkan ukhuwah sesama kita. Semoga berjaya..

Hebat blog bro.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive