Thursday 3 January 2013

MACAM MANA NI TOK JAN ? BARU SEBUT NAK PERTAHAN KUBU, ASKAR DAH LARI ??




Dun Sg Limau yang dimenangi oleh Azizan Razak pada PRU lalu sekali lagi akan dipertahankan olehnya bagi memastikan kekal berkuasa disitu..

Namun, pada PRU kali ini akan ada kejadian mengemparkan yang berlaku di situ..Cakap cakap mulut orang Pas tentang Azizan di Sg Limau sebenarnya sudah lama berlaku..Rata rata penyokong Pas di Sg Limau cukup kecewa dengan tindakkan Azizan semakin sombong dengan orang kampung..

Semenjak pentadbiran Pas di Kedah, tak ada sesuatu perkara pun yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah. Apa yang kita dengar, hanyalah salahlaku, salahgunakuasa, tebang balak berlebihan, projek gagal dan juga percemaran alam sekitar yang kritikal.

Begitu juga hal yang berlaku di Dun Sungai Limau. Sebelum Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Azizan menabur janji bagai nak rak dengan gaya ayat, 'kalau Pas memerintah Kedah'. Setiap ceramah, pelbagai janji ditaburkan, kononnya nak menegakkan syiar Islam, nak pejuangkan agama, nak hapuskan maksiat dan bla bla bla lagi janji yang ditaburkan.

Namun selepas Pas memerintah Kedah, janji entah ke mana, cerita lama yang dijanji hilang terus dibuai angin lalu. Menurut cerita dari penduduk Dun Sungai Limau, selepas Azizan jadi MB, nak tengok muka kat Kampung pun dah susah.

Baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive