Monday 31 December 2012

AZIZAN KANTOI !! GUNA 221 HEKTAR, SAPU 400 HEKTAR !! #TUKARKEDAH



Entah apa lagi yang Azizan nak pusing lagi kali ni, bukan reka reka punya cerita tapi ini yang Pengurus Besar Kumpulan Ladang Ladang cakap pada Azizan sempena lawatan Azizan ke tapak pembalakkan semalam..

"Seluas 221 hektar sahaja akan ditanam dengan pokok buah buahan" Sedangkan kawasan itu telah digondolkan sehingga 400 hektar..

Jadi kenapa kawasan hutan dara Pedu ditarah sehingga 400 hektar ? 179 hektar kawasan balak yang digondolkan tu nak buat apa ??

Kalau dilihat pada gambar gambar yang diambil dari udara, kesemua pokok pokok besar dan kecil telah digondolkan sampai licin..

Jika hanya 221 hektar saja yang digunakan ini bermakna memang niat sebenar Kerajaan Pas Kedah untuk menyapu balak balak dikawasan itu kerana kelulusan projek dikawasan ini datangnya dari barisan Exco..





Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata hutan dara seluas 400 hektar berhampiran Tasik Pedu yang diteroka untuk dijadikan ladang buah-buahan tidak memerlukan kajian tanah.

Beliau berkata sebuah syarikat swasta yang diberikan tanah seluas 3.75 hektar untuk mengusahakan tanaman buah-buahan mendakwa kawasan tersebut sesuai ditanam dengan anggur.

Projek itu bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya kepada pemberita semasa ditanya sama ada kajian tanah perlu dilakukan untuk menentukan kesesuaian jenis pokok, selepas melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting, Pedu dekat sini, Ahad.

Pengondolan lebih 400 hektar hutan simpan sekitar Tasik Pedu dan Gunung Inas di Baling didedahkan media tempatan baru-baru ini kerana ia didakwa bakal menjejaskan alam sekitar dan hasil pertanian.

Sebelum itu, Pengurus Besar Kumpulan Ladang-Ladang PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) Rosli Saad dalam taklimatnya kepada Menteri Besar berkata hanya seluas kira-kira 221 hektar sahaja akan ditanam dengan pokok buah-buahan membabitkan 33 spesies.-BERNAMA 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive