Monday 31 December 2012

PANASS !! KUDA TUA PAS KEDAH BIKIN PUAK BERHALUAN KIRI PAS KEDAH TAK TENTU ARAH !! TukarKedah




Kegembiraan puak berhaluan kiri Pas Kedah mahu mengulingkan Azizan Razak dengan meminta bantuan dari Pas pusat menerusi timbalan presiden yang menjadi peranan utama dalam pru kali ini mungkin agak sukar kerana tuan punya badan sudah bersuara mahu mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada pru lalu..

Bagi memastikan puak berhaluan kiri ini tidak menjahanamkan Pas dari dalam, Azizan bertekad mahu bertanding di kubu kuat beliau walaupun kini makin dimusnahkan oleh kumpulan berhaluan kiri kerana kegagalan Azizan untuk menolong pengundi beliau dikawasan sendiri..

Sebenarnya pergaduhan dalaman antara Azizan dan barisan pemimpin kanannya tidak dapat disembunyikan lagi apabila media media arus perdana dan media maya dapat mengidu hal ini melalui laman laman sosial dan keengganan barisan Exco menerima lantikan semula jawatan..



Jadi, banyak maklumat maklumat tentang perebutan kuasa diantara pemimpin atasan disimpan rapi bagi mengelakkan diketahui musuh mereka iaitu UMNO..Hanya pengikut setia saja yang tahu akan cerita sebenar..

Tetapi siapa sangka, dalang yang mendedahkan cerita cerita ini sebenarnya datangnya dari penyokong Azizan dan penyokong kumpulan berhaluan kiri yang meminta bantuan dari cybertroopers pro BN untuk menjatuhkan mereka antara satu sama lain..

Kami sebagai penyokong kuat UMNO setuju jika Azizan terus bertanding di Kedah, tak kisah dimana saja beliau diletakkan, yang pasti mesti ada persaingan sengit diantara beliau dan penyokong penyokong Pas sendiri..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive