Tuesday, 1 January 2013

KENAPA ANWAR GELABAH BILA SHAMSIDAR DI HERET KE MAHKAMAH ?






Perancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), sayap pemuda PKR untuk mengadakan perhimpunan pada 12 Januarti 2012 nanti bagi menghalang Shamsidar Thahrin daripada dipanggil sebagai saksi di Mahkamah sebenarnya telah menambah lagi keraguan umum terhadap moral dan akhlak Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Shamsidar, isteri kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah salah seorang daripada 10 individu yang dinamakan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam penyataan pembelaannya terhadap saman fitnah biseksual yang difailkan oleh Anwar.

Saman fitnah itu difailkan terhadap Nallakaruppan serta Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu yang bertajuk "Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla" serta berita penuh di muka surat enam bertajuk "Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual".

Dalam cubaannya sebelum ini, Anwar telah meminta supaya Mahkamah menggugurkan semua 10 nama individu daripada penyataan pembelaan Nalla. Kesemua mereka itu mempunyai hubungan erat dengan Anwar dan turut dikaitkan dalam aktiviti biseksual membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Gayanya seperti Anwar cuba memanipulasi soal-soal teknikal melibatkan proses perbicaraan Mahkamah, satu kebiasaan yang menjadi kegemaran Anwar dan pasukan anak guamannya.



Lihat sajalah rekod perbicaraan kes liwatnya dengn bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari. Berpuluh kali perbicaraan terpaksa ditangguh semata-mata untuk membolehkan pasukan guamannya mencari kelemahan pendakwaan dari segi teknikal.

Di kalangan ramai penyokong pembangkang khususnya dari PKR dan PAS tertanya-tanya kenapa bersungguh benar Anwar mengarahkan AMK parti itu untuk menghalang kemunculan Shamsidar di Mahkamah, sedangkan sepatutnya ia dimanfaatkan oleh Anwar untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Namun bila Anwar bertindak secara songsang mahu nama-nama individu tersebut disingkir dari penyataan pembelaan Nalla seterusnya mengarahkan AMK mengadakan perhimpunan untuk menghalang Shamsidar daripada hadir sebagai saksi, para penyokong PKR dan PAS menjadi tepu dan keliru.

Pemimpin yang mereka dewakan sebagai bakal Perdana Menteri kononnya berjiwa rakyat dan berkaliber kini kelihatan saling tak ubah seperti bapuk tua yang berpeleseran di celah-celah lorong gelap.

Tiap detik waktu bagaikan mimpi ngeri, mungkin kerana itu setahun dua kebelakangan ini wajah Anwar semakin tak berseri. Murung dan kelam sama seperti kambing jamnapari yang sedang kelaparan dan kehausan.

Jelas sekali, Anwar sedang kecut perut dihambat dosa-dosa dari kebejatan moralnya yang rendah. Dayusnya mengalahkan pondan, ketakutannya pula persis seperti tikus melihat kucing.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive