Sunday, 30 December 2012

GEMPAR !! BUDAK 3 TAHUN TERKULAI DITANGAN IBU SAUDARA !!




Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dan ibunya cedera selepas ditetak dengan parang oleh ibu saudaranya kira-kira jam 11.30 pagi di rumah neneknya di Kampung Kejai Mukim Tawar di sini.

Mangsa Mohd Muaz Mohd Izwani, 3, maut dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk bahagian kepala, tangan dan leher.

Ibu saudara mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan mempunyai masalah mental sejak 20 tahun lalu.

Ketika kejadian, mangsa anak sulung dari dua beradik sedang bermain di beranda rumah neneknya sebelum ditetak oleh ibu saudara itu.

Ibu mangsa yang cuba meleraikan keadaan turut ditetak mengakibatkannya cedera di bahagian leher dan tangan.

SINAR HARIAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive