Sunday, 30 December 2012

5 JUTA DUIT PENEROKA LESAP !! MAZLAN ALIMAN BAKAL DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ??




Semalam, para peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan telah cuba menyerahkan satu
memorandum bantahan terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Anak), Mazlan Aliman berhubung dakwaan beliau melakukan penyelewengan dalam pembahagian wang hasil satu kes yang diputuskan oleh mahkamah pada tahun 2010.

Mazlan Aliman dikatakan menolak untuk menerima memorandum berkenaan.Secara umum, para peneroka berkenaan menyatakan dalam memorandum berkenaan bahawa mereka merasa tertipu dengan Mazlan Aliman yang gagal membela nasib malang mereka apabila Tetuan Wan Rohimin & Asmadi didakwa gagal mengembalikan wang pampasan yang mereka menangi.

” Baling batu sembunyi tangan…itulah perumpamaan yang boleh diberikan terhadap Mazlan kerana tidak bertanggung jawab di dalam menyelesaikan pembayaran pampasan kami dan terus melarikan diri tanpa mahu berhadapan dengan kami.

” Sejumlah RM11, 236, 983 yang dimenangi oleh kami ke atas Felda, hanya RM6.2 juta berjaya diagihkan kepada 304 orang peneroka manakala lebihan yang berjumlah RM5 juta belum diagihkan,” kata mereka dalam memorandum berkenaan.



Tambah para peneroka

 ”Ini bermakna ada peneroka menerima sekitar RM16,000, ada juga RM19,000…malah ada yang tak terima walau sesenpun kerana kami percaya wujudnya aktiviti penyelewengan,”.

Berikut adalah kronologi ketidakpuashatian peneroka Felda Kemahang 3 terhadap syarikat guaman yang juga didakwa rakan Mazlan iaitu Tetuan Wan Rohimin & Asmadi;

1. Tetuan Wan Rohimin & Asmadi adalah peguambela kepada 354 peneroka-peneroka yang menyaman Felda dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd.

2. Pada 26 Ogos 2010 Mahkamah Persekutuan telah bersetuju dengan Mahkamah
Tinggi Kota Bahru untuk memberi kemenangan kes saman ini

3. Jumlah keseluruhan saman termask afedah setakat 18 Mac 2008 adalah sebanyak
RM11,236,983.00.

4. Tetuan Wan Rohimin & Asmadi pada mula-mula perbicaraan memaklumkan yang
setiap peneroka akan menerima pembayaran sejumlah RM30,000 seorang.

5. Namun selepas kemenangan tersebut, Tetuan Wan Rohimin & Asmadi TIDAK MUNCUL DI FELDA KEMAHANG 3 BAGI MEMBERIKAN TAKLIMAT seperti dimaklumkan sebelum ini dan tidak juga mengagihkan wang pampasan yang berjumlah RM30,000 kepada peneroka-peneroka.

6. Pada Oktober 2010, peneroka-peneroka yang telah dimaklumkan bahawa wang
agihan telah dibayar kepada satu persatuan yang bernama SUARAHATI yang bertindak
menjadi orang tengah di dalam urusan pembayaran agihan pampasan.

7. SUARAHATI menjalankan agihan wang tersebut namun peneroka-peneroka menerima
sekitar RM16,000 hingga RM19,000 sahaja.

8. Ketidak puashatian peneroka bermula di sini, berikut adalah perkara yang memuatkan
ketidakpuashatian peneroka;

a. Peneroka beranggapan mereka akan menerima pampasan sejumlah RM30,000 tetapi
menerima kurang daripada itu.

b. Tetuan Wan Rohimin & Asmadi tidak turun memberikan taklimat kepada penerokapeneroka seperti yang dimalumkan sebelum ini.

c. Tetuan Wan Rohimin & Asmadi melantik SUARAHATI sebagai orang tengah di dalam
hal agihan ini.

d. Pn Saudah bt Deris balu peneroka telah tidak mendapat sesen pun apabila
SUARAHATI telah membuat penipuan dengan membuat surat sumpah wakil penerima,
membuatkan Pn Saudah tidak menerima wang tersebut.

e. Pernah berjanji kepada peneroka-peneroka “Yang berat sama dijunjung dan ringan
sama dijinjing”.

9. Akibat ketidakpuashatian tersebut dan kegagalan Tetuan Wan Rohimin & Asmadi
turun ke Felda Kemahang 3 dengan memberi penjelasan perkara sebenar, justeru,
peneroka-peneroka telah membuat susulan balas terhadap Tetuan Wan Rohimin &
Asmadi dengan membawa ke mahkamah dengan memohon Perintah Mahkamah atas 3
perkara:

1. Memohon agar Tetuan Wan Rohimin & Asmadi menyatakan jumlah sebenar
yuran guaman yang peneroka-peneroka patut bayar.

2. Memohon agar Tetuan Wan Rohimin & Asmadi menyatakan jumlah sebenar
jumlah kos makamah yang sepatutnya dibayar.

3. Menyatakan jumlah sebenar jumlah yang diterima oleh peneroka.

10. Peneroka-peneroka juga telah membawa kes ini ke Majlis Peguam dengan
menyabitkan Tetuan Wan Rohimin & Asmadi atas kesalahan “Salah Laku dan Etika Kerja
Seorang Peguam”.

11. Hasil daripada Permohonnan Perintah Mahkamah dan Laporan Kes di Majlis Peguam
telah membuatkan Tetuan Wan Rohimin & Asmadi menyaman balik 10 orang peneroka
Felda Kemahang 3 yang dianggap sebagai pemfitnah reputasi Tetuan Wan Rohimin &
Asmadi berjumlah RM10 juta seorang dan jumlah terkumpul adalah RM270,000.000.00.

12. Pada 2 Oktober 2011, permohonan Perintah Mahkamah daripada peneroka Felda
Kemahang 3 dijalankan di Mahkamah Tinggi Kota Bahru namun ianya tidak memihak
kepada peneroka menyebabkan peneroka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan
yang telah ditetapkan pada 8 Mei 2012.

13. Pada 19 Januari 2012, Lembaga Tatatertib Majlis Peguan telah pun bermesyuarat
untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laporan yang dibuat oleh
peneroka.

14. Pada 25 April 2012, Tetuan Wan Rohimin & Asmadi telah memohon pembatalan
prosiding rayuan yang dikemukakan oleh peneroka Felda Kemahang 3 di Mahkamah
Rayuan. Ini membolehkan keputusan menolak Perintah Mahkamah itu diteruskan pada
ketetapan Mahkamah Tinggi Kota Bahru Kelantan, namun permohonan pembatalan ini
ditolak bagi membolehkan prosiding rayuan Perintah Mahkamah ini diteruskan pada 8
Mei 2012.

15. Pada 8 Mei 2012, Mahkamah Rayuan telah memberikan kebenaran ke atas
peneroka untuk membuat Perintah Mahkamah ke atas Tetuan Wan Rohimin & Asmadi
dan ianya dijalankan di Mahkamah Tinggi Kota Bahru Kelantan.

16. Pada 3 Oktober 2012, di Mahkamah Tinggi Kota Bahru Kelantan, Tetuan Wan
Rohimin & Asmadi telah menarik balik kes saman terhadap 10 orang peneroka yang
berjumlah RM10 juta seorang atau pun RM270,000.00 keseluruhannya dengan segala
kos guaman ditanggung oleh Tetuan Wan Rohimin & Asmadi.

17. Pada 11 November 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bahru Kelantan telah
menetapkan 22 Januari 2013 adalah hari yang ditetapkan bagi Tetuan Wan Rohimin &
Asmadi membentangkan laporan kewangan kepada 304 peneroka Felda Kemahang 3.

18. Manakala, Lembaga Disiplin Majlis Peguam masih lagi menjalankan siasatan
terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh Tetuan Wan Rohimin & Asmadi



Sumber mynewshub

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive