Tuesday 18 June 2013

GUAN ENG PERLU BAYAR CAJ AIR KEPADA KEDAH




Nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang, “Khalifah” Lim Guan Eng, tetap berdegil enggan membayar sebarang caj kepada Kerajaan Negeri Kedah atas bekalan air mentah yang “dicuri” Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi sumber Sungai Muda.

Dia berhujah mengatakan bahawa Kerajaan Negeri pimpinannya mengambil air mentah dari kawasan Sungai Muda yang terletak di dalam sempadan negeri Pulau Pinang.

Justeru itu katanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak perlu membayar apa-apa caj air kepada Kerajaan Negeri Kedah memandangkan sumber air yang mereka dapat itu diperoleh di dalam kawasan sempadan negeri Pulau Pinang.

Pada saya, hujah Guan Eng itu mungkin logik dan dapat diterima bagi mereka-mereka yang malas berfikir serta tidak tahu tentang operasi yang melibatkan industri bekalan air bersih kepada rakyat.



Tapi, kepada mereka yang “familiar” dan tahu tentang “modus operandi” industri air, saya yakin mereka akan bersetuju bahawa alasan Guan Eng itu langsung tidak masuk akal, tidak wajar dan hanya bersifat melepaskan diri dari menunaikan tanggungjawab.

Dalam ertikata lain, jawapan Guan Eng itu adalah satu tindakan yang zalim dan tidak adil kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Pada saya, Guan Eng perlu bayar caj air yang dituntut itu memandangkan Kerajaan Negeri Kedah bertanggungjawab menjaga sumber bekalan air itu di kawasan hulu Sungai Muda. Bukan mudah untuk menjaga sumber air berkenaan.

Untuk menjaga dan memelihara sumber bekalan air mentah, Kerajaan Negeri Kedah perlu memastikan sungai tersebut tidak tercemar dan tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti yang mampu mengancam sumber air berkenaan.

Kalau ada pokok bakau yang berkualiti, ia tidak boleh ditebang untuk bantu sumber ekonomi. Dan jika di sekitar kawasan Sungai Muda itu berpotensi untuk dibangunkan, ia terpaksa dilupakan demi memelihara kebersihan dan kualiti sumber air tersebut.

Tahukah Guan Eng bahawa semua komitmen memelihara sumber air semulajadi itu merugikan Kerajaan Negeri Kedah dan memerlukan kos yang sangat tinggi untuk memastikan kawasan itu tidak tercemar?

Pada saya, Kerajaan Negeri Kedah boleh membina empangan khas dan melencongkan aliran air Sungai Muda itu dari masuk ke sempadan Pulau Pinang. Aliran air sungai itu boleh disekat. Cuma buat ini Kerajaan Negeri Kedah tidak tergamak dan tidak sezalim itu kepada rakyat Pulau Pinang.

Tapi kalau Guan Eng enggan membayar caj tuntutan tersebut, tidak mustahil jika Kerajaan Negeri Kedah boleh melencongkan aliran air supaya kekal di dalam kawasan negeri Kedah. Jika itu berlaku, saya harap Guan Eng tidak datang menyembah dan merayu pada MB Kedah. Sudah terlewat!

Saya masih ingat lagi tentang desakan Kerajaan PAS Negeri Kedah yang mahu Guan Eng membayar caj air kepada mereka pada penggal lepas. Alasan tuntutan itu tetap sama iaitu Pulau Pinang memperoleh sumber air dari Sungai Muda yang mengalir dari Kedah.

Ketika itu, tuntutan tersebut disokong sebulat suara oleh para pemimpin BN Kedah. Cuma, para pemimpin BN tertanya-tanya, mahukah “saudara sekatil” PAS itu membayar caj air yang dituntut Ustaz Azizan itu?

Memang Guan Eng enggan melayan tuntutan PAS Kedah. Dan keengganan itu sebenarnya telah menjadi kontroversi yang merenggangkan hubungan di antara PAS Kedah dan DAP sehingga kini. Khabarnya, mereka bergaduh sakan!

Kini, Kerajaan BN Negeri Kedah menuntut perkara yang sama. Caj air itu dituntut memandangkan ia adalah satu tindakan yang sangat wajar setelah Pulau Pinang tergadai dengan harga yang sangat murah (RM10,000) pada suatu ketika dulu.

Pada saya, Guan Eng boleh teruskan kedegilan dan kesombongannya. Namun kalau Guan Eng boleh main jahat, Kerajan BN Negeri Kedah boleh main kasar 10 kali ganda. Harap Guan Eng jangan menyesal nanti..!


Sumber Mykmu.net

4 comments:

Anonymous said...

cina DAP guan eng ambil air sungai yg dijaga dikawasan hilir sungai muda dlm wilayah p.pinang.-alasan kafir kesayangan pas.

maka,

kjaan kedah juga boleh berbuat sesuka hati dgn melencong atau menutup aliran sungai yg berada di hulu dari mgalir ke wilayah guan eng kerana kawasn hulu sungai muda dlam wilayah kedah.
wajar kjaan kedah buat demikian dgn guna pakai alasan yg sama guan eng berikan.
tutup segera kalau cina DAP tidak mahu bayar.

Anonymous said...

cina tetap cina, babi tetap babi

Anonymous said...

AH Beng Cinasian
Ah Beng super kiasu
Ah Beng Keturunan tetamu asing.
Ah Beng quarellsome politician.
Ah Beng sengaja cari pasal
Memang mencari issue.
cinasian
Makanan kesukaan: kacang merah dengan cuka.
Omar Aziz wannabe No 1.
Ahli parti parti keturunan Cadre sistem PAP.
Mentee MM Lee.
Mintak belas kasihan Singopore PM to be lenient for 21 orang pendemo baju hitam di speakers koner sinapore.(secara resmi LHL tak layan)
Tak sedar diri punya cinabeng kiasu.
Idola utama ketua pengarang Akhbar the STAR MCA .
Pengamal kilang rasis , kilang2 rasis itu BAPAK SEKOLAH CINA yang taja.
Bahasa Malaysia fail!
Naik klass ekonomi pesawat MAS pada 2008 sekali aje , nak dapat publisity murahan.
Pencetus dasar CATokong.
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

ya buat undi baru...mintak pendpt rakyat kedah jika tak bayar tutup aje. Undi lain takde..keh keh keh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive