Friday 21 June 2013

ISU AIR KEDAH !!! BUKAN SETAKAT BAYARAN AIR, TUNTUT BALIK PULAU PINANG @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah




Memang patut pun Kerajaan Kedah terus desak Kerajaan Pulau Pinang agar membincangkan isu penjualan air mentah yang disedut bejuta juta gelen setiap hari oleh Kerajaan Pulau Pinang..

Sebelum ini Guan Eng mendakwa kerajaan Pulau Pinang tidak perlu membayar caj air kepada kerajaan Kedah kerana air Sungai Muda yang mengalir itu adalah hak milik mereka juga..

Namun harus diingat, Kerajaan Kedah terpaksa belanja berjuta juta setiap tahun untuk memastikan air yang mengalir dari hulu Sungai Muda hingga ke hilir itu bersih.. Sudahlah sebarang aktiviti di hulu tak dapat di jalankan semata mata untuk memastikan air mentah sentiasa bersih..

Kerajaan Pulau Pinang tanpa perlu berbelanja 1 sen pun untuk menjaga kualiti air memandangkan sumber air yang mengalir di Sungai Muda terletak di negeri Kedah.. Sepatutnya Guan Eng harus bertanggungjawab untuk membantu Kedah dengan membayar setiap liter air mentah yang disedut dari negeri ini.



Pulau Pinang satu negeri yang mendapat faedah cukup banyak untuk membangunkan sebuah negeri industri dengan menggunakan air dari Kedah yang disedut percuma.. Sepatutnya Pulau Pinang perlu membalas dan menghargai sumber berkenaan dan bukannya menuduh kerajaan Kedah mempolitikkan isu..

Ini bukan soal politik, atau nak mempolitikkan isu air tapi ini satu adalah satu tanggungjawab yang perlu diberikan oleh Pulau Pinang kepada Kedah. Kalau Kerajaan Kedah nak politikkan isu air ini dah lama boleh buat.. Lencongkan saja air yang mengalir tu masuk ke dalam sempadan Kedah..Habis cerita..

Sebelum ini Datuk Mukhriz Mahathir pernah berkata, Pulau Pinang pernah menulis surat kepada Kedah untuk meminta dilepaskan air dari empangan di Kedah ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan disebabkan kemarau pada suatu ketika dulu.

Ini menunjukkan surat itu adalah bukti pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpengkalan di Kedah.



Dari konteks sejarah pula, Kedah masih lagi mempunyai hak keatas Pulau Pinang dimana sehingga sekarang kerajaan Pusat masih membayar ufti kepada Sultan Kedah seperti yang termaktub dalam perjanjian Sultan Kedah dan British pada 1786.. Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian 1786..

Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan..

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah waktu tu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan..


MTK
Tuntut je kedua duanya sekali.. Apa nak takut..Perjanjian masih digunapakai sampai sekarang..

2 comments:

QalamQabut said...

Uihhh... betoi ka ni?

Persekutuan dok bayaq sewa pajak Tanjung sampai la ni? 10,000 saja setahun?

Ish, ish, ish... Tak patut, tak patut... Sewa sebijik banglo pun lebih dari tu...

Kalau nak ikut zaman, kena kira ikut kaki persegi, eh maksud aku meter persegi. Kalau letak singgit satu meter persegi masuk akai dak? Senang sikit Mukhriz nak kambuih hutang KUIN tu cepat-cepat...

Anonymous said...

setuju bebbbb murahnya..ambik balik ajelah..ada yg terjun jambatan penang.. tak jadi km lagi...tak kan sama level mb. ni nak suruh pegang lembing pulak mengadap raja..

jgn bagi muka lagi..cina byk hina titah agung..agungkan sultan kedah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive