Monday 17 June 2013

PANASS !! AL ARQAM SEBAR JARAN SESAT DI KEDAH




Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mengenal pasti enam lokasi penyebaran ajaran kumpulan haram al-Arqam sedang aktif di Kedah.

Pengarahnya, Datuk Noh Dahya berkata, pengenalpastian tersebut dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui intipan dan perhubungan bersama masyarakat setempat.

Beliau berkata, lokasi tersebut bagaimanapun belum boleh didedahkan dan salah satu daripadanya sedang bergiat aktif di Jitra.

“Hasil siasatan, kita mendapati mereka mungkin akan mengadakan satu program bersama pengikut mereka dalam masa terdekat .



“Tujuan penganjuran program itu masih dalam siasatan. Sekiranya program itu adalah berbentuk keagamaan mengikut fahaman mereka, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh dengan ajaran tersebut.

“Kita percaya mereka akan semakin aktif terutama menjelang Ramadan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penyebaran atau aktiviti ajaran tersebut dinasihatkan supaya melaporkan segera kepada pihak Jaik atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Noh Dahya berkata, kumpulan tersebut mungkin menjadikan Kedah sebagai perkampungan kedua mereka selepas penempatan mereka di Selangor dikepung pihak berkuasa.

Menurut laporan itu, pihaknya mula mengesan perkara itu selepas dimaklumkan imam masjid di Kampung Temalang, Mukim Putat, Jitra berhubung acara keagamaan yang meragukan sebelum menghantar beberapa pegawai untuk menyiasat.

Dalam pada itu, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad berkata, Majlis Fatwa Negeri Kedah telah memutuskan bahawa ajaran kumpulan al-Arqam adalah haram sejak 1994, selaras dengan muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

SINAR

2 comments:

Xpas said...

Jika berpeluang membaca buku Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam yg telah diharamkan dahulu, pengertian "Hanya kpd Engkau sekelian ibadah kami, dan hanya kpd Engkau kami minta pertolongan." Al Fatihah 5 gagal difahami oleh pengikut Jama'ah Al Arqam.
Setelah membaca buku berkenaan, jika seseorg imam saya ketahui adalah pengikut Al Arqam, saya tidak akan bermakmum kpdnya.
Itulah pendirian saya ketika itu, yg mana ketika itu Al Arqam belum lg diharamkan, sekitar tahun tahun 80an dan awal 90an, walaupun zahirnya Al Arqam kelihatan menarik penampilan Islamnya ketika itu.
Bila Al Arqam diharamkan, lebih yakin saya akan kesesatan Jama'ah Al Arqam.
Utk mendekatkan diri kpd Allah swt, tiada jln pintas dan tiada jln mudah, selain mendalami Al Quran dan As Sunnah serta beramal dgnnya disamping sentiasa meminta pertolongan, petunjuk hidayah dan perlindungan dr Allah swt.

Xpas said...

Sikap taksub kumpulan dan rasa diri lebih baik dan lebih mulia dr org lain sehingga menolak segala teguran dan nasihat merosak dan memusnahkan diri hingga tersesat dr jln Kebenaran. Itulah yg berlaku kpd Iblis, itu juga yg berlaku kpd golongan kufur Yahudi Madinah ketika zaman ArRasul saw. Demikian juga golongan Khawarij dan Syiah di zaman tabi'in. Seharusnya kita belajar dari sejarah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive