Thursday, 20 June 2013

@syedhamidalbar APA JAMINAN SPAD UNTUK PASTIKAN PMBOA TAK BUAT TAIKK ??




Pertama sekali memang aku tak puas hati sikit pasal SPAD ni sebab ikut jugak kehendak Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan surcaj 10% ketika musim perayaan..PMBOA mintak 30% SPAD lulus 10% itu pun sebab musim raya.. Kalau PMBOA minta 50% adakah SPAD akan lulus 20% ??

Alasannya kenaikkan 10% itu dapat menampung kos operasi Pengusaha Bas.. Aku terbaca dalam Akhbar Utusan, kalau tak silap dalam laporan tu tulis " Tambang Bas Tidak Naik-SPAD ".. Maksud tak naik tu harga tetap sama seperti biasa.. Tetapi SPAD tetap beri kelepasan untuk PMBOA menaikkan surcaj sebanyak 10% bagi musim perayaan..


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menolak permintaan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang sebanyak 30 peratus pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini.


Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) berkata, bagaimanapun pihaknya bersetuju untuk membenarkan pengusaha mengenakan caj tambahan (surcaj) sebanyak 10 peratus berkuat kuasa dari 8 Julai hingga 8 September untuk semua bas ekspres dan tambahan.

Mengulas keputusan tersebut, katanya, langkah itu dipercayai dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan yang tinggi daripada pengguna terutama semasa Aidilfitri.

Hairan, kenapa SPAD tidak ambil masa yang panjang untuk kaji benda ni.. Kalau tak salah aku beberapa hari lepas saja PMBOA minta kenaikkan 30%.. Tapi dalam masa yang singkat SPAD bagi juga 10% untuk musim perayaan.. Sepatutnya SPAD kena perhalusi lagi kenaikkan permintaan ini walaupun 10%.. Faham sama impak kepada penguna..

Lagi satu,  surcaj 10% untuk tempoh 2 bulan pun cukup lama..Habis tempoh 2 bulan, datang pula Hari Raya Haji pada bulan Oktober.. Adakah tempoh 2 bulan itu akan dilanjutkan juga ??

Kalau surcaj 10% ini dapat membantu pengusaha bas untuk baiki mutu perkhidmatan mereka mungkin orang ramai tak kisah, tapi kalau mutu perkhidmatan mereka sama seperti tahun tahun sebelum ini bagaimana ?? Apa jaminan SPAD untuk memastikan para pengusaha bas memberikan perkhidmatan terbaik seiring dengan kenaikkan surcaj 10% ??

Pasal mutu perkhidmatan bas pula, aku pun pernah kena tipu dengan sebuah pengusaha syarikat bas ekspres.. Beli tiket bas 2 tingkat dimana harganya RM 5+.00 tapi bila masa nak naik, bas tak datang.. Hampir 2 jam menunggu akhirnya harga tiket bas RM 5+.00 sebenarnya untuk sebuah BAS KILANG..Nak tak nak terpaksa juga naik memandangkan musim perayaan.. Adakah ini adil bagi penguna ?

Kalau nak sentuh pasal bas ekspres ni aku rasa ramai penguna pernah alami nasib yang sama.. Walaupun pelbagai aduan telah dibuat melalui SMS Aduan LPKP (SPAD) ataupun email. Tapi tak banyak tindakkan yang diambil terhadap pengusaha bas..

Kalau tak naik 10% pun aku pasti pengusaha pengusaha bas boleh buat untung..Aku dah tanya beberapa orang rakan yang bekerja dengan syarikat bas, setiap kali musim raya ataupun musim cuti sekolah, mesti penuh.. Jangan cakap kalau 1 trip hantar penuh, balik pula kosong, susah nak tengok keadaan macam tu..  Contoh perjalanan dari Kangar ke Kuala Lumpur, bas akan singgah di Alor Star untuk ambil penumpang, seterusnya singgah ke Sungai Petani dan Butterworth..Jarang lihat kalau penumpang tak ramai, driver teruskan perjalanan..

Klik SINI untuk lihat perjelasan tentang kos sebenar operasi sebuah bas ekspres ..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive