Tuesday, 18 June 2013

#BLACKOUT505 !!! SIAPA HUSAM NAK KELUAR FATWA SYAHID ?? ULAMAK KA DIA NI???




Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan Datuk Husam Musa tidak layak untuk mengeluarkan 'fatwa' bahawa peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 sebagai mati syahid.

Ini kerana menurut Ahli Parlimen Kepala Batas ini, Naib Presiden PAS itu bukan dari kalangan ulama dan perkara tersebut sepatutnya perlu dibawa kepada pihak yang berkelayakan.

"Soal mati syahid saya rasa amat tidak wajar untuk kita meletakkan sesuatu hukum pada keadaan kita bukan ahlinya, Husam bukan seorang yang boleh dianggap ulama untuk mengeluarkan bahawa itu mati syahid.



"Mengheret rakyat dengan menggula-gulakan satu hukum yang belum lagi dipastikan oleh ahlinya bagi saya satu perkara yang bermotifkan politik dan rakyat sudah mual akan perkara ini," kata Reezal Merican kepada Antarapos.

Himpunan terakhir 'Blackout 505' sebagai membantah dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu dijadualkan pada Sabtu ini bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Meskipun pihak berkuasa memohon kerjasama pihak penganjur agar menukar lokasi perhimpunan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan ketenteraman awam, namun rayuan itu tidak dihiraukan.

Menurur Rezal Merican, rakyat tidak akan terpengaruh dengan 'fatwa' tersebut yang disifatkan sebagai bermotifkan politik.

"Kerana rakyat nak tahu pengisian tentang harapan mereka setelah pilihan raya selesai, saya sendiri bukan ahlinya...kalau nak tanya ahli biar Majlis Fatwa nyatakan pendirian tentang soal ini.

"Biar orang yang mempunyai ilmu bercakap, jadi sebab hukum hakam kena ditentukan pandangan ulama dan saya hormati pandangan ulama. Nak tahu tanyalah Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat) atau Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), Husam bukan ahli," jelas wakil rakyat penggal pertama ini.

Husam dalam kenyataan di Harakahdaily berkata peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 dianggap sebagai mati syahid.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...

"Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya yang menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS turun ke Kuala Lumpur pada 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir 'Blackout 505'.

Antarapos

4 comments:

Tasek Gelugor Portal said...

slm mohon dipautkan blog Tasek Gelugor Portal... Blog tuan telah pun dipautkan...

Anonymous said...

Apa nak heran,kan semua [pemimpin PAS ulupukimak!fatwa diletak celah gigi,Musang Musa pun boleh keluar fatwa!muda sikit keluar petua,

Anonymous said...

Apa kata Hari tersebut yang nak di adakan blackout505, memblackout dulu (carfew le..)sebelum mangkok2 ni mengadakan kedegilan mereka yang tak habis2 ni, baru boleh guna askar sendiwara,baru diorang tau macamana bersendiwara, kerjaan jangan malu2 dan segan2 menguruskan orang2 syahid ni, orang yang meroyan jangan di layan...

Anonymous said...

Senang bebenor la ya nak masuk syurga..mmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive