Saturday 13 April 2013

PANASSS !!! MANGSA KEBAKARAN DI TIPU PARTI DAP !!



Sembilan keluarga mangsa kebakaran di Kampung Palaniappan, Seberang Keretapi Batu 1, Sungai Korok di sini, kecewa dengan tindakan DAP yang didakwa mempermain-mainkan mereka.

Mereka mendakwa telah ditipu seorang pegawai Pusat Khidmat DAP di sini, yang berjanji untuk membina semula rumah mereka dan membayar sewa bilik di Kompleks Hijau Kuning yang dijadikan penempatan sementara mereka.

K Krishnamah, 56, berkata, dia sekeluarga diminta oleh seorang pegawai DAP kawasan itu untuk tinggal di kompleks tersebut buat sementara waktu secara percuma kerana ia akan dibayar oleh pemimpin parti itu.

Menurutnya, setelah empat hari tinggal di bilik itu dia diminta membayar sewa bilik RM160 oleh pekerja tempat berkenaan dan pekerja itu memaklumkan yang pegawai DAP itu tidak membuat sebarang bayaran.

“Saya terkejut bila diminta untuk membayar sedangkan pegawai DAP cakap, kos penginapan saya bersama keluarga akan ditanggung sebelum rumah saya dibuat semula,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian kebakaran di sini, semalam.



Krishnamah, yang bekerja sebagai penjual surat khabar dan berpendapatan sekitar RM10 hingga RM20 sehari terpaksa membayar sewa dan kini menumpang di rumah saudaranya di Kampung Seberang Keretapi.

“Bila ada jiran pergi jumpa pegawai DAP terbabit, beliau buat tak tahu seolah-olah beliau tak berjanji apa-apa dengan kami,” kata ibu tunggal kepada dua anak yang masih bersekolah itu.

Lim Chai Gim, 44, berkata, dia pernah pergi ke Pejabat DAP itu untuk memohon bantuan untuk membina semula rumahnya yang terbakar namun, tiada sebarang jawapan diterima sehingga kini.

Dia yang kini menyewa sebuah flat di Tandop berkata, dia tidak mampu untuk membayar sewa rumah RM250 sebulan kerana menanggung perbelanjaan dua anaknya yang masih bersekolah.

“Kami nak minta mereka buat rumah kami semula, itu saja. Kini saya hanya tinggal sehelai sepinggang sebab masa kejadian saya tiada di rumah kerana keluar bekerja. Kami nak ada rumah untuk keselesaan anak-anak,” katanya.

Mangsa kebakaran berkenaan sebelum itu mengadakan demonstrasi aman di tapak rumah mereka terbakar bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pegawai DAP yang didakwa hanya tahu menabur janji-janji kosong tanpa berbuat apa-apa demi kebaikan rakyat.

Pada 21 Februari lepas, sembilan rumah hangus dan dua lagi terbakar sebahagian dalam kebakaran dalam kira-kira jam 10 malam dengan kerugian yang dianggarkan kira-kira RM500,000.

Sementara itu, Penyandang Dun Kota Darul Aman dan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata, beliau tidak membuat sebarang janji berkenaan bantuan itu dan ketika melawat mangsa beliau hanya menyatakan akan cuba membantu mangsa.

Katanya, beliau juga tidak mengetahui apa yang diusahakan oleh pegawainya kerana mangsa tidak datang berjumpa dengannya.

“Kalau nak minta rumah mesti melalui ketua kampung. Saya tak pernah mendapat sebarang permohonan daripada mangsa kebakaran,” katanya, semalam. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive