Saturday, 13 April 2013

PANASS !!! PAS VS PKR VS DAP PERTEMBUNGAN 3 SERANGKAI DUN BAKAR BATA !!



Dun Bakar Bata pada Pru kali ini bakal menyaksikan pertembungan antara ketiga tiga calon dari Pakatan sendiri.. Seperti mana sedia maklum Pkr mengunakan taktik kotor iaitu mengumumkan Eekmal Ahmad Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim sebagai calon PKR di Dun Bakar Bata tanpa persetujuan gabungan pakatan..

Dalam masa yang sama Dap membantah dan berkeras mahu meletakkan calon melayunya iaitu Syed Araniri ketua Dap Melayu cawangan Taman Wira bertanding. Perkara ini diakui sendiri oleh Dap pusat bahawa kesediaan mereka berdepan sekutunya dalam pakatan pembangkang apabila bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Pas pula dilihat cuba menaikkan Ketua Pemuda Pas Alor Star Pak Tam @ Azam Awang merupakan salah seorang penulis blog Pas Kedah yang selama ini bekerja keras untuk dapatkan kredit mudah untuk tercalon di Dun Bakar Bata..Namun Pak Tam dikatakan kecewa dengan tindakkan Pkr yang mengumumkan Eekmal sebagai calon Dun Bakar Bata..



Mengikut maklumat yang diterima, pada saat saat akhir nanti Pas dan Dap tetap akan letakkan calon mereka di Dun Bakar Bata kerana bagi mereka jentera PKR Alor Star sangat lumpuh sehingga kempen suai kenal calon Pkr bersama penduduk dalam Parlimen Alor Star terpaksa gunakan khidmat Pak Tam dan jentera Pemuda Pas..Lihat saja pada gambar dibawah, langsung tiada kelibat jentera Pkr membantu menaikkan calon mereka.



Ada juga rakan rakan yang berjawatan dalam Pas dan Pkr Alor Star beritahu, ramai diantara mereka mengeluh dengan tindakkan Pkr Pusat meletakkan Eekmal Ahmad di Dun Bakar Bata.. Bagi mereka , Eekmal perlu banyak belajar selok belok Politik dan hubungan kemasyarakatan..Setakat baru jadi setiausaha akhbar Anwar belum tentu layak kalahkan kekuatan BN di Bakar Bata..

Kerusi Dun Bakar Bata cukup diminati kesemua parti dalam pakatan.. Sebolehnya masing masing tidak mahu mengalah untuk mendapatkan kerusi panas itu walaupun terpaksa berdepan sesama sendiri..

Semalam pula ISMA telah mengumumkan untuk bertanding di Parlimen Alor Star, kemungkinan persaingan sengit akan berlaku disitu.. BN pula lebih kepada prinsip toleransi dan muafakatan.. Sesiapa saja winnable candidate yang dipilih oleh pucuk pimpinan, semua ahli akan memastikan calon itu menang..

Itulah jadinya bila gabungan parti yang tiada kesepakatan..Sebab itu sampai sekarang mereka tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan kerana masing masing mempunyai ideologi berbeza dalam perjuangan parti..

Pakatan di Kedah bukannya satu gabungan parti yang kuat, kalau tak salah mereka menang hanya majoriti 1340 undi sahaja pada PRU2008 itu pun dikira nasib atas faktor protes dari penyokong BN sendiri..

Sumber Kedahan69ers


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive