deyy thamby, roti canai woneyy |
Perkara itu tidak serius(aksi seks) dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.
"Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala,"
Hadi oh Hadi, sampai macam ni sekali hang nak bela aksi zina pemimpin Pas?? Apa nak jadi dengan Pas sekarang ni..Harap bawa saja nama Islam tapi perangai serupa Syaitan.. Patut pun Tun M kata puak ni Syaitan dikenali..
Patut pun Stopa beriya iya tak nak laksanakan hudud, rupanya di takut direjam.. Tapi kalau betul Pas nak laksanakan hudud, sepatutnya Hadi kena siasat video Stopa dan bawa ke pakar untuk sahkan benar atau tidak pelaku dalam video tu Stopa atau orang lain..Sebab ini bukannya sekadar video bisu atau pekak badak..
Tapi dalam video ni juga ada suara pemimpin berkenaan.. Kalau orang yang benar benar kenal dengan Stopa takkan lah tak boleh 'cam' suara tu suara Stopa atau suara orang lain??
Bentuk badan Stopa, lenggok dan gaya Stopa mesti Hadi tahu bahawa itu Stopa dan bukannya orang lain..
Seeloknya demi menjaga nama Islam yagn dibawa parti, Hadi perlu memecat Stopa ataupun gantung dulu tugas Stopa sekalu Setiausaha Agong parti.. Jangan biarkan Stopa diaibkan lebih teruk lagi.. Yang buat kerja ni pun bukan orang lain, musuh Stopa dalam parti pakatan sendiri..
Ada sumber memberi tahu bahawa rancangan edar video ini adalah satu peringatan agar Stopa menghentikan cadangan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno/BN dan membawa kembali Dr Hasan Ali serta Ust Nasha.. Jadi kenapa perlu kaitan ini fitnah Umno?? Ada bukti Umno terlibat??
No comments:
Post a Comment