Wednesday 20 March 2013

UPDATE PENUH INSIDEN KEKECOHAN DI KUIN SEMALAM



Semalam artikel tentang 10 orang staff KUIN tidak dibenarkan masuk ke dalam kampus aku dah keluarkan kat sini..

Dibawah ni pula laporan penuh tentang kejadian semalam..

Sepuluh orang kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kesal dengan pihak kolej menghalang mereka menghadiri majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang di kampus tetapnya di Kuala Ketil, hari ini.

Tindakan menghalang kakitangan itu menghadiri program yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kira-kira jam 3 petang dipercayai berkait dengan surat tunjuk sebab yang mereka terima dari KUIN, bulan lalu.

Penolong Pendaftar Kanan Kuliah Syariah KUIN, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, berkata mereka dihalang memasuki KUIN oleh pengawal keselamatan sejak awal pagi.




Katanya, gambar mereka juga diedarkan kepada pengawal keselamatan bagi mengecam wajah supaya tidak seorangpun terlepas memasuki kampus.

"Kami kecewa dan kesal kerana tidak dimaklumkan secara bertulis dilarang memasuki kampus. Lebih dikesali ialah pengurusan KUIN membuat laporan Polis di Balai Polis Kuala Ketil bahawa berlaku demontrasi sejurus Azizan tiba sedangkan tiadapun demontrasi Bersih KUIN 2.0 seperti yang didakwa," katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Azki berkata, beliau yang menerima panggilan telefon daripada Timbalan Rektor KUIN, Wan Sulaiman Wan Yusoff berjanji tidak akan membuat demontrasi Bersih KUIN 2.0 bagi menghormati majlis yang berlangsung.

"Yang peliknya bila saya bagi jaminan tidak akan buat demontrasi mereka pula buat laporan polis mendakwa kami akan buat demontrasi. Bagaimanapun saya menafikannya semasa disoal oleh polis.

Kumpulan kakitangan KUIN itu dikenakan surat tunjuk sebab pada awal bulan ini selepas membuat kenyataan membongkar penyelewengan dalam pengurusan KUIN serta membuat demontrasi Bersih KUIN 2.0. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive