Wednesday, 20 March 2013

GAY PUN GAY LAH JANJI ANWAR JADI PM- PKR BANGI


Memang tak dapat dinafikan lagi, Pkr secara terang dan jelas menyokong aktiviti sudal Anwar Ibrahim..Pkr sendiri tak kisah Anwar seorang Gay..Apa yang penting bagi mereka ialah untuk tabal Anwar sebagai Perdana Menteri..

Anda nilailah sendiri akhlak dan aktiviti songsang Anwar dan penyokong penyokongnya..Penyokong PKR sendiri tak kisah kalau Anwar menjadi gay sekalipun..Adakah perbuatan Anwar itu halal di sisi Islam??

Masih ingatkah anda tentang peristiwa dizaman Nabi Luth?? Adakah anda mahu bakal Perdana Menteri seorang LGBT dan berfahaman liberal?? Mahukah anda melihat Malaysia sebuah negara yang aman kini berubah wajah jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ??

Jawapan itu semua ada ditangan anda semasa proses membuang undi..Ingat 1 undi untuk PR bermakna anda menyokong hubungan seks songsang Anwar..





Hukum Melakukan Hubungan Seks Dengan Jantina Sejenis.

Hubungan seks yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. ketika Dia mencipta manusia adalah sebagaimana firman-Nya: “Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari diri yang satu dan Dia mengadakan daripada diri itu pasangannya (suami isteri), untuk bersenang-senang satu diri kepada yang lain. Ketika suami mensetubuhi isterinya, mengandunglah dia……” [al-A’raaf 7:189]

Ada pun hubungan seks yang berlawanan daripada kehendak Allah, maka ia bukan sahaja dilarang tetapi langkah-langkah awal ke arahnya juga dilarang. Rasulullah s.a.w. menegaskan:

“Tidak boleh seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh seorang lelaki menyentuhkan badannya kepada badan lelaki yang lain di dalam satu selimut dan tidak boleh seorang wanita menyentuhkan badannya kepada badan wanita yang lain dalam satu selimut.” [Shahih Muslim, no: 338]

Imam al-Nawawi menjelaskan:

“Di antara kesimpulan hukum yang diperolehi dalam bab ini ialah haram hukumnya bagi seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan bagi seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. Berkenaan hukum ini tidak ada perselisihan di dalamnya (di kalangan para ulama’).” [al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj (Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut, 2000), jld. 3, ms. 145]

Berkenaan penyentuhan badan sejantina di dalam satu selimut, Imam al-Nawawi melanjutkan:
“Hadis ini menunjukkan larangan yang bersifat haram jika tidak ada penghalang di antara kedua-duanya. Dalam hadis ini terkandung dalil atas haramnya hukum bersentuhan aurat di bahagian mana pun badan seseorang (yang sama jantina) dan ini sudah menjadi satu kesepakatan, kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelbagai kerosakan.” [al-Minhaj, jld. 3, ms. 145]

Perhatikanlah! Jika sekadar melihat dan menyentuh aurat sesama jantina sudah disepakati keharamannya, apatah lagi jika saling melakukan hubungan seks di antara sesama jantina. Sudah tentu ia haram juga.

Berdasarkan hadis di atas juga, para ulama’ Islam sejak awal telah memberikan perhatian kepada hukum seorang lelaki memandang wajah lelaki lain yang muda lagi tampan. Sekali pun wajah bukan aurat, langkah berhati-hati dan “cegah sebelum parah” menyebabkan para ulama’ kita melarang seorang lelaki melihat wajah lelaki lain yang muda lagi tampan. Masih bersama Imam al-Nawawi:

“Dan demikianlah juga, diharamkan ke atas seorang lelaki melihat wajah seorang lelaki yang mudah lagi tampan, tanpa membezakan sama ada ia dilihat dengan syahwat atau tidak, tanpa membezakan sama ada ia bakal menimbulkan fitnah atau tidak. Ini merupakan pendapat yang sahih di sisi para ulama’ yang teliti. Ia juga dikemukakan oleh (Imam) al-Syafi’e dan murid-muridnya, semoga Allah merahmati mereka.

(Ini kerana) ketampanan wajah seorang lelaki tidak jauh berbeza dengan kecantikan wajah seorang wanita. Bahkan kebanyakan daripada mereka lebih menarik berbanding kebanyakan wanita. Justeru, adalah lebih haram melihat wajah lelaki yang muda lagi tampan berbanding melihat wajah wanita. Ini kerana dari seorang lelaki yang muda lagi tampan, mungkin timbul kejahatan yang tidak mungkin timbul dari seorang wanita.” [al-Minhaj, jld. 3, ms. 145]

Saya menambah, hukum di atas tidaklah terhadap kepada sesama lelaki sahaja. Seorang wanita hendaklah juga menahan dirinya daripada memandang wanita lain yang boleh menyebabkan dirinya tertarik kepadanya. Penahanan ini tetap dilakukan tanpa membezakan sama ada wujud lintasan syahwat atau tidak, sama ada bakal menimbulkan fitnah atau tidak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive