Monday 18 March 2013

PANASS !! PAS KEDAH TUNGGU MASA NAK MASUK KUBUR



Masa depan PAS Kedah tidak banyak bergantung pada kedudukan Datuk Seri Azizan Abd Razak sebagai Menteri Besar. Makna lain ialah PAS ada banyak pelapis yang boleh dipertimbangkan mengisi sebarang kekosongan.

Namun bagi pengundi di Kedah, mereka lebih selesa jika Azizan dikekalkan sebagai calon dan dilantik semula mengemudi negeri yang terkenal sebagai jelapang padi.

Sebab itu PAS pusat yang menyedari PAS negeri itu bergolak tidak mengambil tindakan pada Azizan kerana takut berlaku backlash ataupun tindak balas rakyat.

Dasar kerajaan PAS dibawah Azizan turut tidak disenangi parti-parti bukan Melayu di dalam Pakatan Rakyat.

Dengan pelbagai cabaran yang dihadapi PAS dan Azizan sejak 2008 sebaik memenangi PRU ke12, ia kini diilihat macam bulan gerhana politik Kedah.

Isu baru yang mencetus perbualan rakyat Azizan mengenai Azizan ialah isu pembalakan berleluasa di kawasan tadahan air dekat Pedu.

Sabtu lalu kira-kira 10,000 golongan muda berhimpun di Charok Batang Padi dekat Padang Terap memprotes tindakan kerajaan Kedah. Hampir kesemua peserta memakai baju berwarna merah sebagai simbolik kebangkitan gelombang merah.

Mereka datang menaiki lebih 2,000 buah motosikal,675 kereta dan 58 buah bas. Pelbagai sepanduk dapat dilihat antaranya Selamatkan Kedah, Jom Pakat Kalih, MBKena Bertanggungjawab dan sebagainya.

Semua ini sebahagian dari tanda-tanda bahawa zaman Azizan sebagai Menteri Besar dan PAS selaku parti pemerintah berada dihujung jalan manakala rakyat Kedah pula bakal memasuki era baru.

Justeru bagi Barisan Nasional (BN) Kedah peluang merampas semula negeri itu kini sangat cerah

Baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive