Wednesday 13 March 2013

PANASS !!! PROJEK HANTU KERAJAAN PAS KEDAH !!!




ALOR SETAR 13 Mac - Pemuda Gerakan negeri hari ini mendedahkan satu lagi kegagalan Kerajaan Pas Kedah menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah serta sederhana apabila janji yang dibuat berhubung perkara berkenaan hanya tinggal sekadar janji.

Kali ini melibatkan projek perumahan Bandar Sejahtera Pokok Sena bernilai RM230 juta yang dilancarkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Januari 2010.

Projek itu melibatkan pembinaan 1,811 unit pelbagai jenis rumah termasuk teres kos rendah, teres dua tingkat, berkembar setingkat dan banglo.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mendedahkan, selepas hampir tiga tahun projek itu dilancarkan, tiada satu pun unit rumah bagi projek berkenaan siap dibina dan diserahkan kepada pembeli sekali gus menganiaya mereka.



Katanya, isu berkenaan pernah dibangkitkan pergerakan tersebut pada tahun lalu dan kerajaan negeri mengatakan pembinaan rumah tersebut akan disiapkan tidak lama lagi.

"Walaupun ada pembinaan, namun tiada satu unit pun disiapkan pada tahun ini di kawasan tersebut. Tinjauan kami dua minggu lalu mendapati hanya papan tanda yang kelihatan elok tetapi kemajuan projek itu amat menghampakan.

"Bahkan pejabat jualan di bilik pameran perumahan itu tidak lagi beroperasi dengan mengalami kerosakan teruk dan bekalan elektrik juga dipotong," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Minggu lalu, Pemuda Gerakan negeri mendedahkan sekurang-kurangnya dua projek pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat yang diumumkan oleh Kerajaan Pas Kedah masih belum dimulakan.

Projek yang dimaksudkan ialah pembinaan pangsapuri kos rendah di Bandar Darul Aman, Jitra dan rumah kos rendah serta mampu milik Bandar Tunku Puteri Pokok Sena yang masing-masing dilancarkan hampir empat tahun lalu.

Menurut keng Liang, semasa pelancaran projek Bandar Sejahtera, Azizan menyatakan bahawa 128 unit rumah teres mampu milik yang berharga RM140,000 seunit habis ditempah.

Katanya, kegagalan Kerajaan Pas Kedah menyiapkan rumah berkenaan mengakibatkan pemaju perlu membayar kerugian akibat kelewatan pada kadar 10 peratus setahun atas harga belian mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

"Akta itu mensyaratkan rumah seharusnya dibina dan disiapkan dalam tempoh dua tahun selepas perjanjian jual beli ditandatangani. Ini bermakna anggaran kerugian akibat kelewatan untuk dua tahun ialah sebanyak RM3.584 juta," katanya.

Sehubungan itu, Pemuda Gerakan negeri menggesa Kerajaan Pas Kedah memberi penjelasan kepada rakyat sama ada menghadapi krisis kewangan sehingga menjejaskan kemampuan negeri untuk menyiapkan projek perumahan yang dijanjikan lebih tiga tahun lalu.

Ini kerana katanya, siasatan pihaknya mendapati kerajaan negeri pada masa ini didakwa dibebani hutang hampir RM3 bilion iaitu yang tertinggi sejak pakatan pembangkang menerajui negeri ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130313/dn_32/Rumah-rakyat-Lagi-kegagalan-Kerajaan-Pas-Kedah-tunai-janji#ixzz2NOnB0dwL
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive