Friday, 20 July 2012

TUDIAA !!! MAHFOZ DI KENCING MAZLAN ALIMAN SEBAB IQ RENDAH !!



Saya tersenyum sumbing apabila mendapat tahu bahawa PAS Pusat sengaja “menyuruh” Naib Presidennya dari Kedah, Mahfuz Omar, untuk menguruskan isu pembelian saham FGVH oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) sebanyak 500,000 unit baru-baru ini.

Menariknya, Mahfuz yang bodoh bukan kepalang itu kononnya cuba tunjuk bijak apabila menyalahkan para pegawai PKNK yang kononnya bertindak sendirian tanpa merujuk kepada Pengerusinya, Azizan Razak, yang juga Menteri Besar Kedah.

Dalam ertikata lain, Mahfuz menyalahkan Ketua Pegawai Eksekutif PKNK yang baru-baru ini mengesahkan bahawa anak syarikat kerajaan negeri Kedah itu membeli saham sebanyak setengah juta unit itu.

Justeru itu, Ahli Parlimen Pokok Sena yang bakal “tumbang” itu menggesa agar PKNK menjual seluruh saham tersebut dengan seberapa segera sebagai menghormati “boss”, semangat politik dan sokongan kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Mungkin Mahfuz malu bila dia dan PAS beriya-iya menentang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dan memburuk-burukkan penyenaraian tersebut dengan alasan akan merugikan para peneroka Felda, tiba-tiba anak syarikat kerajaan negeri pimpinan mereka sendiri pula menyokong penyenaraian tersebut…

Benar-benar memalukan, bukan?! Ia membuat saya tersenyum lebih lebar dengan reaksi dungu Mahfuz itu.



Tanpa Mahfuz sedari, hasil kecekapan pengurusan PKNK, GLC Kedah itu telah menerima keuntungan sebanyak RM47,000 hasil penjualan sebanyak 50,000 saham FGVH baru-baru ini.

Dalam ertikata lain, jika PKNK menjual 500,000 sahamnya, maka sudah tentu GLC utama negeri pimpinan Azizan Razak itu akan mendapat keuntungan lebih kurang RM470,000, bukan?

Saya ingin bertanya kepada Mahfuz, apakah keuntungan sebanyak RM47,000 itu padanya adalah sesuatu yang merugikan PKNK dan Kerajaan PAS Negeri Kedah?

Bayangkan berapa banyak perkara yang boleh diselesaikan oleh PKNK dengan wang sebanyak RM47,000 yang diperoleh dari keuntungan menjual saham FGVH itu? Bukankah ia cukup membantu sekiranya digunakan untuk membayar gaji para pekerja?

Mahfuz pun tahu bahawa Azizan dan PAS Kedah tidak berkemampuan untuk menjana kewangan bagi Kerajaan Negeri Kedah melalui hasil saham dan mereka hanya mengharapkan hasil “rompakan” balak mereka serta bersembunyi di sebalik alasan “Ladang Sejahtera”.

Sepatutnya, Mahfuz berterima kasih kepada PKNK yang bertindak bijak dengan mengambil kesempatan atas kuota GLC untuk membeli saham FGVH yang begitu menguntungkan anak syarikat tersebut.

Sewajarnya juga Mahfuz perlu tunjal-tunjal kepala Mazlan Aliman yang bodoh itu kerana menentang penyenaraian FGVH dan memperbodohkan dirinya serta para pengikut “agama PAS” yang lain untuk sama-sama bodoh berhimpun memakai baju oren baru-baru ini.

Seperkara lagi, Mahfuz perlu bertanya kepada Mazlan Aliman bahawa sekiranya PKNK menjual saham FGVH miliknya sebanyak 500 lot itu, apakah tanah-tanah para peneroka akan turut terjual sama?

Ini adalah kerana Mazlan Aliman selalu berteriak bahawa penjualan saham FGVH itu akan membuat tanah-tanah para peneroka akan terjual kepada pihak asing dan kononnya ia akan merugikan negara…

PKNK telah menjual sebanyak 50,000 unit saham FGVH dan apakah dengan penjualan saham itu menyebabkan tanah para peneroka terjual?

Dan sekiranya Mazlan Aliman menjawab “ya”, Mahfuz perlu tanya pada dirinya sendiri bahawa apakah penjualan saham milik PKNK sebanyak 500,000 unit itu akan menyebabkan para penerokan Felda akan kehilangan lebih banyak tanah?

Saya yakin bahawa Mahfuz akhirnya akan sedar bahawa penjualan saham FGVH itu tidak memberikan sebarang kesan kepada tanah-tanah peneroka dan para peneroka juga tidak akan kehilangan walau sejengkal pun tanah mereka sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Dan ketika itu, Mahfuz mungkin juga akan sedar bahawa Mazlan Aliman selama ini hanya berbohong pada rakyat dan para peneroka mengenai isu “tanah peneroka tergadai” itu dan himpunan oren baru-baru ini tidak lebih dari propaganda politik paling jijik dalam diari PAS.

Itu pun kalau IQ Mahfuz mampu berfikir, memahami dan menyedari hal itu dengan baik. Maklumlah, Mahfuz memang lemah IQnya. Namun saya yakin, Naib Presiden PAS itu takkan faham dan dia akan terus diperbodohkan Mazlan Aliman lagi selepas ini.

Kasihan Mahfuz. Dia terus dipermainkan dan diperbudak-budakkan oleh golongan yang lebih muda dan cerdik sedikit darinya. Tapi, mereka punya satu persamaan iaitu mereka sememangnya berkongsi kebodohan mengenai isu yang sama. Itu saja tahap para penganut “agama PAS”, bukan?

SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive