Tuesday, 17 July 2012

Panas !!! Jawapan Isu Royalti Minyak Kelantan [Wajib Baca]



"Pelantar minyak dalam lingkungan 100 hingga 200 kilometer (70 hingga 150 batu nautika) dari persisir pantai dan terletak di perairan antarabangsa, ia adalah hak Kerajaan Pusat dan tidak timbul soal tuntutan royalti di pihak Kerajaan Kelantan.

"Jadi kalau kata UMNO tak bagi royalti, itu tak betul... tak diberi secara langsung, kita bagi secara tak langsung, tetapi apa hasil yang diperoleh itu bukan hasil Kerajaan Negeri Kelantan,

Keputusan dalam Jemaah Menteri hari ini kerana ada pihak yang putar belit kenyataan, Datuk Pa (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed) juga sudah memberikan penjelasan dan memang itu hakikatnya.

Abdul Fattah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tuku berkata, kerajaan sendiri atau Petronas boleh menulis surat kepada kerajaan Kelantan Petronas sahaja yang memberi penjelasan, apa yang dikhuatiri ialah penjelasan yang diberi akan hanya mengikut kehendak kerajaan semata-mata dan sebarang perkara berbangkit tidak akan terjawab.Dalam sistem demokrasi, siapa saja boleh cabar Kerajaan Pusat, namun kerajaan bertegas dalam perkara ini.

Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya. Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan.

Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya. "Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum.Baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive