Monday, 16 July 2012

KEH KEH !!! RAFIZI CUAK BILA SKANDAL TALAM TERMAKAN DIRI ??



INI masalah biasa yang sudah dijangka setiap kali ada cubaan nak mendedahkan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa pentadbiran negeri-negeri Pakatan haram ini.

Yang penulis maksudkan ialah tindakan Pengarah Strategik PKR aka budak jambu Anwar si Rafizi Sotong yang ‘mengancam’ akan mendedahkan pemimpin MCA yang dikatakan penyebab Talam berhutang hingga bankrap.

Apa nak ancam-ancam? Kasi dedah sajalah. Apa yang berkaitan sangat dengan polemik yang sedang berlaku sangat tu?

Sebab, seingat penulislah, pendedahan oleh MCA hanya berkaitan dengan prosedur ’round tripping’ yang diguna pakai kerajaan negeri Selangor untuk menyelesaikan hutang Talam. Nampak simple tapi nilainya berbilion RM tau.



Antara lain mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Diperbadankan (MBI) membeli hutang Talam dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri, memohon bajet tambahan untuk tujuan ini tapi rekod menunjukkan tidak ada pembayaran dibuat kepada syarikat terbabit.

Soalannya sekarang, kemana duit itu pergi? Dan itu baru satu masalah, ada banyak masalah lain berkaitan seperti penjualan tanah, pembelian tanah bawah air dan seumpamanya yang kesemuanya membabitkan nilai RM 1 billion!!!

Dalam semua perkara di atas, dimana kaitannya dengan ‘ancaman’ yang nak dibuat Rafizi?

Logiknya bagaimana MCA boleh terbabit dengan langkah pelik yang diambil kerajaan negeri Pakatan haram untuk menyelesaikan masalah hutang Talam bila MCA bukan sebahagian dari kerajaan negeri pun?

Nampak sangat bodoh si Rafizi ini. Modus operandi biasa ialah adakan sidang media dan tunjuk-tunjuk kertas (konon-konon dokumen bagi menyokong dakwaannya).

Walhal bukan ada apa pun.

Pendek kata dakwaan Rafizi itu tidak ada kena mengena dengan skandal Talam yang sedang hebat diperkatakan sekarang. Ia hanya bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu besar yang sedang menganggu tidur malam pemimpim-pemimpin PKR Selangor.

Si Rafizi sotong nak tutup mulut MCA kenapa? Kata telus sangat, kata jujur sangat? Ini baru dedah sikit dah kelam kabut nak menutup mulut orang yang mendedahkan, telus apa kejadahnya itu?

Ini contoh terbaik dan satu lagi alasan kenapa kerajaan Pakatan haram ini perlu ditolak rakyat Selangor dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Puak-puak ini hanya pandai cakap soal penyelewengan yang konon-konon membabitkan pemimpin UMNO tapi hakikatnya merekalah sebenarnya yang rakus melahap wang rakyat.

SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive