Saturday, 21 July 2012

TUDIAA !!! KOTA BAHRU SYURGA ARAK ?? SYABAS POK NIK


KOTA BHARU - Tindakan licik pemilik premis menggunakan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menjalankan aktiviti haram menjual arak dan tuak masam di Kampung Cina, di sini, akhirnya terbongkar apabila berjaya dikesan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Setiausahanya, Mohd Anis Hussein berkata, mereka menggunakan cara tersebut bagi mengesan sama ada orang yang datang ke premis itu adalah pelanggan tetap ataupun anggota penguat kuasa yang menyamar.

“Kebiasaannya mereka hanya berurusan dengan pelanggan tetap sahaja kerana hanya golongan tersebut yang tahu jenis arak dan tuak masam yang dijual. Lebih licik lagi mereka menggunakan tingkap khas dan tidak membukai kedai sepertimana peniaga lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa operasi bersepadu di sini, semalam.



Turut serta dalam operasi tersebut ialah anggota penguat kuasa MPKB-BRI, Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama dan Hal Ehwal Islam Kelantan (Jaheik).

Menurutnya, sebanyak lima kediaman dan satu kedai di kawasan tersebut dikesan menjalankan aktiviti tersebut tanpa permit yang sah hasil daripada
pemantauan serta aduan daripada orang ramai yang mencurigai aktiviti itu.

Mohd Anis berkata, hasil daripada serbuan tersebut, pihaknya berjaya merampas ratusan bungkusan yang berisi tin serta botol arak dan beberapa tong air yang digunakan untuk memproses tuak masam bernilai RM70,000.

Beliau berkata, lima pemilik kediaman berumur antara 54 hingga 80 tahun ditahan manakala seorang lelaki Melayu yang berusia 30an juga ditahan semasa sedang membeli arak dan diserahkan kepada Jaheik untuk tindakan selanjutnya.

“Jumlah keseluruhan rampasan tidak dapat dikenal pasti lagi kerana pihak kami menyerahkan kepada KDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, kesemua pemilik premis tersebut disabitkan kesalahan undang-undang perniagaan, Akta Eksais 1976 dan Akta Kastam 135 (1) (d).SINAR

MTK
PELIK KAN PEMILIK HANYA DIDAKWA BAWAH UNDANG2 PERNIAGAAN SAJA..LEPAS BAYAR SAMAN,MESTI OPERASI JALAN MACAM BIASA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive