Friday, 20 July 2012

TUDIAA !!! KENAPA KERAJAAN PR SELANGOR TIBA TIBA ADA KUASA PENUH KEATAS SYABAS ??


SEPANJANG tempoh satu minggu ini, kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim memberikan bayangan bahawa masalah air di Selangor adalah disebabkan oleh SYABAS, catuan air disebabkan oleh SYABAS, pendek kata SYABAS salah, kerajaan Selangor tak salah.

Tapi hari ini cerita sudah tukar jadi lain.

Kerajaan Selangor secara tiba-tiba jadi begitu berkuasa dalam masalah air ini, bukan SYABAS lagi dah. Terlalu berkuasa kerajaan Selangor itu sehingga ke tahap boleh mengarahkan SYABAS buat itu, jangan buat ini dan apa segala yang lain.

Malah, SYABAS juga dilarang keluar notis catuan air yang dah dikeluarkan sebelum ini, hanya kerajaan Selangor saja yang boleh.

Soalan kita, sebelum ini mana ‘kuasa’ kerajaan Selangor hilang? Kalau kita quote banyak statement Khalid sepanjang perkembangan 1 minggu ini, kelihatannya kerajaan negeri macam ‘hopeless’, tidak terdaya berbuat apa sebab semuanya berkenaan air ini diuruskan oleh SYABAS.


Sekarang, apa sudah jadi? Kita tahulah kerajaan Selangor pegang 30% saham dalam SYABAS, menjadikannya pemegang saham terbesar, tapi tak nampak macam pemegang saham terbesar pun, sehinggalah hari ini.

Penulis katakan, sebelum ini yang Khalid Ibrahim kata SYABAS gagal, itu adalah kerajaan Selangor pimpinan Pakatan haram ini yang gagal. Khalid kata SYABAS sabotaj, kerajaan Selangor pimpinan Pakatan haramlah yang sabotaj. Akhir sekali, bila Khalid kata SYABAS gagal, kerajaan Pakatan haram inilah sebenarnya yang gagal!!

Sebab SYABAS adalah dimiliki antaranya oleh kerajaan Selangor sendiri!!

Begitu mudah penyokong Pakatan haram ini diperdayakan. Mereka percaya bulat-bulat cakap Khalid yang kerajaan negeri tak salah, SYABAS yang salah. Tapi sekarang kita tahu kerajaan Selangor sebenarnya yang salah.

Hakikatnya, SYABAS hanya satu dari beberapa komponen berkaitan air di Selangor.

Masih ada ABBAS, Puncak Niaga dan SPLASH, disamping SYABAS – setiap satu dengan fungsi masing-masing. Agak-agak orang Selangor dan penyokong Pakatan haram yang buta tuli percaya apa yang Khalid cakap sebelum ini tahu tak semua ni?

Agak-agak depa tahu tak SYABAS takde kaitan dengan empangan penuh ke kering? Bidang kuasa SYABAS hanya pada air yang terawat, bukan air yang belum dirawat, dalam empangan tu air belum dirawatlah? Jadi si bodoh mana yang tunjuk gambar empangan penuh dan kemudian menyalahkan SYABAS kerana air dicatu?

Khalid berjaya menipu seluruh rakyat Selangor, si dungu penyokong Pakatan pun ternganga ditipu hidup-hidup – bodoh!!!

Penulis masih ada lagi nak mengulas tentang tindakan kerajaan Selangor melantik 5 konsultan untuk membantu menguruskan air di Selangor lagi ni. Tak cukup dengan 4 pihak yang disebutkan di atas, tambah 5 konsultan pulak lagi, hanya nak mengurus masalah air disebuah negeri.

Itu besoklah, yang ini pun tak cukup tanah nak jawab.

Tapi dalam pada itu tertanya juga, konsultan yang bagi endorsement air Selangor cukup sampai 2019 tu mana pergi? Dah lari ke?

SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive