Saturday, 21 July 2012

EMAIL PEMBACA !! APA KEUTAMAAN UDA DALAM MEMBANTU BUMIPUTERA ??



UDA Holdings Bhd. harus mencari jalan bagaimana mereka boleh memajukan tapak BB Plaza di Bukit Bintang yang dicadangkan untuk menjadi sebuah stesen MRT integrasi bawah tanah mega laluan MRT Sungai Buluh-Kajang.

Cadangan Tradewinds Coporation Berhad kepada UDA Holdings untuk memajukan tapak tersebut secara usahasama 50:50 putut ditimbangkan semula oleh lembaga pengarah UDA.

Peluang ini tidak harus dilepaskan bagi kepentingan peniaga bumiputera yang berniaga di BB Plaza sekarang.

Jika dipetik kenyataan UDA sendiri, UDA ingin melepaskan aset tersebut kerana pulangan yang kurang menarik dan juga ingin membersihkan Penyata Kewangan (Balance Sheet) UDA.

Di manakah keutamaan UDA?



Selepas ini di manakah peniaga bumiputera yang terpaksa keluar dari BB Plaza mahu berniaga?

Di sini nampaknya UDA tersasar daripada tujuan asal penubuhannya iaitu membantu bumiputera mendapat tempat perniagaan yang strategik di bandar-bandar.

Kerajaan memberi tanah di lokasi strategik kepada UDA untuk dimajukan seperti bekas tapak penjara Pudu.

Penulis berpendapat, UDA lebih berminat mendapat keuntungan segera dengan melupuskan aset di kawasan strategik bagi tujuan kesinambungan operasinya dan bukan membantu peniaga bumiputra.

Jika itu sahaja yang boleh UDA lakukan, UDA tak perlu wujud kerana Kementerian Kewangan boleh melakukannya dengan menjual tanah melalui proses tender terbuka dengan keuntungan yang lebih lumayan.

Jika UDA gagal memikul tanggungjawab yang diamanahkan, penulis syorkan UDA dibubarkan sahaja dan aset tersebut dijual kepada syarikat hartanah bumiputera yang mampu menjalankan tanggungjawab ini atau kerajaan melantik semula ahli lembaga pengarah baru.

ESA ADAM BANDAR SUNWAY
Selangor
FORUM UTUSAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive