Sunday 3 June 2012

KEDAH NEGERI KEBAJIKAN TAPI KENAPA KEDAH NO 3 PENERIMA TERTINGGI BANTUAN JKM ??



Pembohongan pas kedah terhadap rakyat bermula sejak hari pertama mereka mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan dari Barisan Nasional..Slogan Negeri Berkebajikan hanyalah slogan sebelum pilihanraya.Bila dah menang yang tinggal hanya slogan di mulut dan papantanda saja..

Laporan terbaru dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah antara penerima tertinggi iaitu ditempat ketiga menerima peruntukan terbanyak iaitu RM114.2 juta untuk dimanfaatkan kepada 37,610 rakyat negeri.

Dimana kebajikan dari pas kedah untuk rakyat seperti yang dijanjikan sebelum PRU?? Kemana duit yang kerajaan pas kedah dapat dari hasil balak yang cukup besar itu dibelanjakan?



Sebagai anak jati Kedah,MTK perlu penjelasan dari Azizan Razak selaku MB yang bertanggung Jawab dalam hal ini..Cukup menyedihkan bila ada diantara rakyat di Kedah masih dibawah garis kemiskinan..


Kedah merupakan negeri ketiga tertinggi menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi 14 skim yang disediakan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.

Beliau berkata, tahun lepas kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion kepada JKM untuk diagihkan kepada 457,000 rakyat miskin dan golongan memerlukan di seluruh negara.

"Kedah merupakan negeri ketiga selepas Sabah dan Johor menerima peruntukan terbanyak iaitu RM114.2 juta untuk dimanfaatkan kepada 37,610 rakyat negeri ini," katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan 1Azam anjuran Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (PBANK) dengan kerjasama kementerian tersebut di Wisma Negeri di sini hari ini.

Bantuan 1Azam itu disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang juga Yang Dipertua PBANK kepada 350 penerima dari Baling, Pendang dan Kota Setar.

Bantuan sebanyak RM1.75 juta yang disampaikan hari ini meliputi peralatan berniaga mengikut pakej yang disediakan seperti mesin jahit, peralatan memasak, peralatan gunting rambut dan peralatan membuat kuih. - BERNAMA

Yang ada sekarang ni kebajikan untuk kroni saja,banyak kontrak kontrak diagih tanpa proses tender terbuka.semuanya di bagi terus kepada kroni..

2 comments:

Anonymous said...

Hangpa bukan penah pikiaq macam mana nak bagi orang melayu dan ahli umno bawahan keluaq dari miskin.hangpa kira dengan retorik dan tembolok hangpa saja. Mentang2 hangpa soru tak penah miss sebab ada pencen tetap bulan2. Leceh la hangpa ni, geng2 umno yang keja siang malam hidup merempat kat kampung. senang lagi hidup ahli2 pas dan pkr padahai kami yang kempen kat depa sampai depa boleh dok dalam majlis tertinggi.

Anonymous said...

Tergamak hangpa no biaq kami ahli-ahli umno kat bawah ni hidup merempat, hangpa seronok saja dok makan sedap-sedap kat majlis tok mokhzani la,tok latt la, tok mukhriz la, tok bashah la tapi kat kampung ni nak cari sesuap nasi kat anak bini kami sampai sekerat mampuih. Padahai kami ni dok dalam umno lama lagi dari hangpa. Tergamak hangpa no bila kami mintak tolong nak hidup tapi hangpa tuduh kami pemalas padahai kami keja siang malan cuma hangpa saja tak bagi peluang untuk kami. 4 tahun sekali hangpa mai la jenguk kami bagi 400 ringgit. Hangpa buat kami macam sampah betoi,mentang2 kami ni miskin. sampai hati hangpa ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive