Saturday 9 June 2012

PANASS !!! PAKATAN SPIN ISU HARGA MINYAK RON 97 !!!


Isu perbezaan harga minyak RON 95 dan RON 97 mula dimainkan oleh blog blog pembangkang yang cuba menunjuk pandai matematik memakan diri..Mereka cuba memperbodohkan pemikiran rakyat dengan bermain angka.

Sebagai contoh harga jualan runcit RON97 sebanyak RM2.80 seliter manakala RON95 pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.80) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

Harga RON 95 RM 1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!! Bermakna RON 97 lebih murah dari RON 95 sebenarnya..Ini yang cuba dikelirukan blog pembangkang..




Mereka cuba mengelirukan rakyat tanpa menambah cukai jualan sebanyak 58sen pada RON 97..Jika harga sekarang ialah RM 2.80 dan di tambah dengan 58sen cukai jualan jumlah keseluruhan RON 97 ialah RM 3.38 .Jadi kalau dikira macamana pun harga RON 95 lebih murah dari RON 97.

Walaupun nilai 20sen itu tidak besar bagi rakyat tapi bagi kerajaan pula nilainya cukup besar...Dari nilai 20sen itu juga Kerajaan dapat menambah lebih banyak subsidi untuk barang keperluan lain..

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen seliter dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna.


Ketika menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa harga petrol premium RON97 kini lebih murah berbanding RON95, beliau berkata mereka yang membuat dakwaan itu meninggalkan aspek cukai jualan apabila membandingkan harga pasaran sebenar kedua-dua gred tersebut.


“Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan meninggalkan aspek cukai jualan terhadap RON97,”


“Harga pasaran sebenar bagi RON95 sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam iaitu RM1.90 seliter.


“Bagi RON97, harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan,” katanya.


Ini bermakna, katanya kerajaan bukan sahaja memberi subsidi bagi petrol RON95 tetapi juga tidak mengenakan cukai jualan terhadap petrol gred itu.


Sehingga hari ini, harga petrol RON95 masih RM1.90 seliter, manakala RON97 pula turun 10 sen kepada RM2.80 susulan penurunan harga minyak mentah dunia.


Harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditentu mengikut harga pasaran dunia.


“Saya harap rakyat faham bahawa apabila harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival India Global 2012.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive