Thursday 7 June 2012

PANASS !! PROJEK BANDAR SEJAHTERA POKOK SENA GAGAL !!! @mahfuzomar apa hang buat ??




Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata tinjauannya mendapati projek Bandar Sejahtera Pokok Sena bernilai RM230 juta itu belum dilaksana sekalipun telah dilancar kerajaan negeri lebih dua tahun lepas.

"Semasa pelancaran projek tersebut, Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) menyatakan bahawa 128 unit rumah teres dua tingkat telah habis ditempah dan harga setiap unit kira-kira RM140,000. "Tetapi selepas hampir dua setengah tahun, tiada satu unit rumah pun yang disiapkan di bandar tersebut kecuali rumah contoh sahaja,"



Mengikut pendedahkan dari blog CTS Projek Bandar Sejahtera Pokok Sena adalah sebuah projek yang melibatkan dana sebanyak RM230 juta. Ianya meliputi 1,811 buah rumah termasuk 579 rumah kos rendah. Projek ini dipertanggungjawabkan kepada Seri Temin Corporation, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Projek ini telah dilancarkan oleh Kerajaan pakatan Haram Kedah 30 bulan yang lalu!

Semasa bulan Januari 2010, Kerajaan Kedah telah mengumumkan sebanyak 128 unit rumah teres dua tingkat telah dapat dijual untuk fasa pertama berjumlah RM140,000. Projek ini sepatutnya dapat menyelesaikan masalah perumahan di Kedah, terutamanya Daerah Kota Setar dan Pokok Sena. Lihat apa yang berlaku sekarang. Uztaz Azizan sama kurang lebih dengan Nik Aziz. Sana sini umum projek. Sana sini buat upacara pecah tanah. Akhirnya semua terbengkalai!

Nampaknya Pas Kedah hanya bermegah diawal pentadbiran mereka sahaja..Bila tahun terakhir mereka memerintah,semua projek projek dibiarkan terbengkalai..Pelaburan RM 230 juta hanya mahu mengaburi mata rakyat bahawa mereka mampu melaksanakan projek besar..Walhal mereka GAGAL melaksanakan amanah untuk rakyat..

2 comments:

AnaQarbana said...

Tunggu keputusan PRU ke-13....
Apa pun keputusan PRU Ke-13 penting sama ada untuk UNO ataupun buat PAS....projek d Pokok Sena tu standby untuk modal kempen PRU ke-13....

Semutar Hitam said...

21 Februari 2015.
Setelah 2 tahun kerajaan Mukhriz ambil alih,
janji pru 13 nak baik pulih,
semua tu tak lebih hanya untuk wartawan tulih,
Disember 2014 lewat setahun kunci baru boleh,
haram tak check sampai hari ni nak pindah pun tak buleh,
Mukhriz dok buat bodo buleh,
Mahfuz tak kata paa sebab dia pun buleh,
Pendek kata golongan politik semua paku serpih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive