Saturday, 9 June 2012

BUDAK TANPA MATA GEMBIRA NIKMATI CAHAYA


China – Walaupun tidak memiliki sepasang mata, namun Marwanijun tetap gembira tatkala dia menyuluh mukannya dengan lampu suluh.

Malah sejak berusia lapan bulan, Marwanijun sentiasa menghalakan lampu itu di bahagian di mana matanya sepatutnya berada.

Kini apa yang bakal membuatkan budak lelaki ini bersedih ialah walaupun doktor berjaya menemui matanya di bawah kulit namun ia terlalu sensitif untuk didedahkan.

Malah pakar di hospital tentera 474 memaklumkan, budak tersebut tidak sesuai menjalani pembedahan kerana tidak mempunyai anak mata.



Walaupun jika pembedahan dilakukan untuk mendedahkan matanya itu, dia masih tidak mampu melihat apa-apa pun.

Marwanijun hanya boleh menggunakan mata gantian apabila umurnya mencecah 16 tahun.

Menurut doktor, anak kepada pasangan Madamihan dan Salamu, yang berasal dari Xinjiang ini gemar bermain dengan lampu suluh kerana dia sebenarnya memiliki mata kiri.

Namun mata tersebut telah dihalang oleh kulitnya.

“Dia gemar bermain dengan cahaya dan setiap hari dia tidak sabar untuk memegang lampy suluh,” kata bapanya.

Keadaan yang dialaminya itu sama seperti yang berlaku kepada Christian, seorang bayi berusia setahun yang menjadi sensasi internet selepas ibunya menghasilkan rakaman video mengenai anaknya yang buta itu.

Video itu begitu menyentuh perasaan terutama selepas ibunya, Lacey Buchanan memberitahu seluruh dunia bahawa dia tetap menyanyi anaknya itu walaupun Christian tidak senormal insan lain.

MYNEWSHUB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive