Friday 11 October 2013

PANASS !!! TUN MAHATHIR SOKONG KENYATAAN ZAHID TEMBAK PENJENAYAH !!



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongnya terhadap kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini seandainya pihak risikan mempunyai maklumat, penjenayah akan ditembak tanpa kompromi.

Dr Mahathir berkata ini kerana beliau berpendapat adalah lebih baik membiarkan penjenayah menghadapi risiko ditembak daripada melihat polis dalam bahaya.

"Apabila seseorang mengacukan pistol untuk menembak awak, awak tembaklah dahulu," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dasar Ahmad Zahid yang membenarkan "tembak dahulu" merujuk kepada penjenayah dalam ucapannya di Melaka baru-baru ini.



Malah, Zahid dalam temubual eksklusif bersama Utusan Online hari menegaskan bahawa polis bukan 'trigger happy' tetapi bertindak mengikut Tatacara Operasi Standard (SOP).

Beliau juga menjelaskan, setiap tindakan yang diambil oleh polis adalah mengikut tatacara yang ditetapkan sambil merujuk kepada kes lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang sebelum ini.

Kenyataan Zahid itu turut diperakui Dr Mahathir, bagaimanapun beliau berkata prosedur yang betul mesti dipatuhi sebelum menggunakan senjata api.

"Jangan pergi menembak senjata anda merata tempat atau tembak mereka yang tidak bersalah," katanya.


Portal berita pro-pembangkang Malaysiakini menyiarkan laporan daripada rakaman ucapan Zahid di Melaka pada 4 Oktober lalu yang didakwa merestui amalan menembak penjenayah yang disyaki dan bukan menangkap mereka.

Zahid juga dipetik menyatakan beliau akan menentang sesiapa sahaja yang membela penjenayah.

Laporan itu menyebabkan pengkritiknya mempersoalkan kedudukan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.-AntaraPos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive