Thursday, 10 October 2013

PANASS !!! SIAPA TAPAU TOK MUKHRIZ DI KELANTAN ??



Baru baru ini sebuah akhbar menyiarkan berita berkenaan sebuah kedai makan di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, Kelantan diserbu penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) susulan laporan pemiliknya mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP.

Serbuan mendapati pemiliknya melakukan kesalahan menutup tanda harga makanan. Atas kesalahan itu, restoran terbabit dikenakan kompaun manakala lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000 dirampas.

Jika sabit kesalahan, pengusahanya boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.

Semalam tuan punya Kedai (Kak Yah) tampil memberi penjelasan situasi sebenar masa hari kejadian..



klik untuk besarkan

Kisahnya bermula apabila seorang wakil datang memaklumkan lebih awal padanya bahawa rombongan VVIP akan tiba pada hari berkenaan namun jumlah yang terlibat adalah 200 orang. Bagaimanapun pada hari berkenaan, jumlah yang datang dan mengambil makanan mencecah 400 orang.


Akibatnya, lauk pauk yang disediakan untuk anggaran 400 orang pelanggan kedainya sehingga jam 5 petang turut licin.

Kak Yah juga menafikan laporan yang tersiar dalam Astro Awani bahawa dia hanya menyediakan lauk ayam kampung sahaja bagi 100 orang. Sebaliknya, terdapat lauk pauk lain termasuk gulai itik serati dan telur itik.

Itu belum termasuk lauk pauk dan kuih muih yang tidak termasuk dalam menu rombongan dan dihidangkan untuk jualan kepada pelanggan kedai biasa tetapi ditapau oleh rombongan untuk dibawa balik.

Setiap anggota rombongan juga katanya, memilih untuk memesan air minuman mengikut kemahuan sendiri dan dia diberi lampu hijau untuk memasukkan semuanya dalam bil meskipun sudah mencadangkan supaya satu jenis air sahaja dihidangkan.

Berkenaan resit RM6,000 yang tersebar pula, Kak Yah menyatakan dia sudah memberikan diskaun dan bayaran yang dikenakan dan diterima adalah RM5,500 namun wakil pembayar memilih untuk mengambil resit asal iaitu RM 6000..




VVIP yang dimaksudkan itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir, yang aku percaya tak terlibat langsung dalam soal bab makan pagi tu. Orang yang bawa, dan uruskan soal makanan tu yang bertanggung jawab.

Tak pasal pasal nama DPMM kena petik dengan Tokey kedai makan (Kak Yah) ni sebab ada malaun tak guna duk buat kerja tak senonoh.. Yang tak boleh blahnya, duit makan pun nak makap lebih ker?? Benda makan saja kot.. Sebelum nak bayar janji macam macam, bila time bayar nak diskaun pulak..

Kamonlah brader, nak sabotaj pun agak agaklah.. Buat kerja busuk habis terpalit dengan orang lain sekali..

Bagi menyelesaikan kontroversi makan pagi mahal ni,aku harap individu bernama Asri tu tampil bagi penjelasan.. Dengar penjelasan kedua dua belah pihak, baru kita tau siapa benar siapa salah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive