Friday 11 October 2013

MACAM HARAM !!! PASANGAN BLOGGER PORNO DAPigs BELAKON BUNUH DIRI ?



Vivian Lee, pasangan kontroversi kepada blogger seks Alvivi, muncul dalam klip video yang berakhir dengan babak dia 'mengelar pergelangan tangannya'.

Video berjudul 'Penyesalan' itu dimuat naik di akaun Twitternya pada petang Khamis.

Video berkenaan turut dimuat naik di laman YouTube pada Rabu.

Klip video berdurasi dua minit itu diarahkan oleh teman lelakinya, Alvin Tan.

Vivian, 24, digambarkan sebagai wanita yang tulus ikhlas yang sedang melihat pilihan yang berlaku dalam hidupnya.

"Ketika saya masih keci, orang beritahu saya untuk mengejar cita-cita saya, percaya kepada diri sendiri dan cari jalan sendiri untuk berjaya. Dengan itu, semuanya akan menjadi mudah," katanya.



"Apabila dewasa, apa yang mereka kata benar-benar terjadi, saya pilih kestabilan. Jangan cakap terlalu banyak. Selain itu, saya juga seorang yang idealistik. Saya pilih ketidakpastian. Saya juga pilih bersuara terlalu kerap dan terlalu kuat. Semua orang mula rasa bangga dengan membenci saya.

"Saya rasa sukar menjadi orang dewasa. Jika saya ikut hati, semua orang kata saya salah. Saya jahat dan tidak berguna.

"Bukan itu sahaja mereka yang saya sayang juga enggan sayang saya lagi. Semuanya kerana idea saya dan mereka berbeza dan saya pilih jalan hidup yang unik dan tersendiri.

"Adakalanya saya fikir jika saya buat perkara yang betul adalah yang terbaik. Jujurnya saya penat. Mereka berjaya. Saya gagal. Saya sering mendengar suara hati saya. Mereka semua menyambutnya dengan riang.

"Bagi saya, kehidupan ini ibarat skrip yang ditulis oleh orang lain," kata Vivian sambil mengalirkan air mata di sofa sambil menonton televisyen.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk saya tamatkan perjuangan yang tidak bermakna buat saya lagi. Hanya dengan satu pukulan," katanya.

Video itu diakhiri dengan babak Vivian mengelar pergelangan tangannya dengan sebilah pisau sebelum skrin bertukar kabur.

Usaha menghubugi pasangan berkenaan tidak berjaya.

Sebelum ini, pasangan kontroversi itu memuat naik rakaman video seks mereka yang menyebabkan Alvin dibuang daripada pengajian undang-undang di sebuah insitutsi pengajian tinggi terkenal di Singapura.

Pasangan tersebut terus mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh dengan ucapan Selamat Berbuka Puasa yang menyebabkan mereka dikritik serta dipanggil untuk memberi kenyataan kepada pihak berkuasa.

Pada 18 Julai lepas, Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan.-Mstar


MTK
Boleh percaya ka penyesalan si bangsat 2 ekor ni ??? Bukan sekali dua buat salah, dah berpuluh puluh kali..Jenis ni memang tak pernah menyesal pun..Bukan Mahkamah larang depa ni dari guna Internet ke ??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive