Friday 11 October 2013

HOT !!! YUKTES VIJAY JEMPUT KE FORUM PEMBERSIHAN AMBIGA !!!



Salam Perjuangan.

Pendapat, analisa dan kepercayaan ramai adalah penganjuran forum ini satu publisiti murah dan merupakan satu taktik dan cara saya guna pakai untuk memesongkan kebenaran dan mempertahankan Barisan Nasional.

Yang mereka tak faham, jikalau analisa terperinci yang dibuat ke atas kesemua pendapat dan kenyataan saya juga dibuat dan disalurkan kepada pendapat dan kenyataan pihak pembangkang berhubung isu-isu penipuan Pilihan Raya , saya tidak ada keperluan untuk menganjurkan forum ini. Lebih-lebih lagi, erti dan sinonim perjuangan demi demokrasi dan kebenaran bukannya menentang kerajaan tetapi lebih mendalam dan lebih terperinci dari itu.

BERSIH sebuah NGO yang ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil kini sebuah perkakas di tangan Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim. Perjuangannya telah dimanipulasi dan diserongkan mengikut keperluan politik menawan Putrajaya dan kewujudan BERSIH kini adalah untuk mencetus huru-hara serta sebuah saluran untuk dana asing dibawa masuk. Berapa di antara kita yang tahu George Soros mempunyai sebuah pertubuhan yang memberikan bantuan kewangan kepada NGO-NGO yang menentang kerajaan di serata dunia.



Sememangnya pelik dan aneh jikalau perkataan neutral dan adil boleh digunapakai lagi memandangkan Bersih 3.0 diadakan walaupun Parliament Select Committee telah membetulkan 3/4 daripada tuntutan Bersih yang menjadi asas penganjuran demo 3.0. Ada segelintir menunding jari kepada Minoriti Repot yang tidak diselitkan bersama Laporan PSC Utama tapi tidak pernah ada Parlimen di dunia yang pernah mengikut atur cara sedemikian kecuali Parlimen Zimbawe. Saya pasti penyokong-penyokong PR tidak akan memahami proses tersebut.. Ini sememangnya tak menghairankan memandangkan mereka menghadiri demo Blackout atas faktor yang tidak wujud dan tidak dibuktikan.

Faktor-faktor inilah yang mendorong pelancaran forum ini. Forum ini tidak melibatkan mana-mana NGO atau parti politik. Kesemua perbelanjaan ditanggung dan kerja persiapan dilakukan oleh individu-individu yang saya dengan bangganya gelar rakan dan komrad.

Butiran Forum :

TEMPAT : Crystal Crown PJ
HARI : Jumaat 11 Oktober 2013
JAM : 7.30 malam

Kehadiran anda memang akan membantu memangkin sebuah permulaan yang baru di mana anak-anak muda akan sanggup untuk menganjurkan forum diskusi untuk sebagai medium mengetengahkan pendapat mereka. Membuktikan demo di jalan raya adalah cara pengecut dan satu bentuk komunisme baru yang berselindung di bawah nama DEMOKRASI.

Terima kasih..Selamat berjuang...

DEMI MALAYSIAKU,
Yuktes Vijay
(Rakyat Malaysia)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive