Sunday 6 October 2013

PANASS !!! SIAPA KARPAL NAK UGUT ROS ??


Nampaknya keegoan DAPigs mahu mengugut mahu mengambil tindakkan " SAMAN " terhadap ROS dipertikai bekas Ahli DAP.. Aspan Alias mempersoal tindakan Karpal Singh yang mengugut Pertubuhan Pendaftar (ROS) berhubung pengiktirafan parti itu selepas menjalankan pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP 29 September lalu.

Menurut beliau, Pengerusi DAP, Karpal tidak sepatutnya mengugut ROS memandangkan badan itu hanya menjalankan tugas mereka dalam menilai setiap perjalanan pemilihan semula parti tersebut.

"Siapa Karpal nak ugut-ugut ROS? Sudah-sudahlah tu nak mengugut orang.



"Sepatutnya DAP kena ikutlah syarat dan prosedur yang ditetapkan ROS, kalau tak mahu ikut, DAP nak ikut aturan siapa lagi. Tak boleh lah nak jadi bebas tak mahu ikut peraturan," tegas beliau ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Menurutnya lagi, DAP perlu akur dengan kehendak ROS memandangkan kesilapan pertama yang dilakukan pada CEC DAP Disember tahun lalu berpunca dari kesilapan mereka sendiri.

Perkara itu seharusnya menjadi iktibar dan panduan kepada parti chauvinis itu untuk menjalankan pemilihan semula dengan lebih teliti dan mematuhi syarat yang ditetapkan.

"Masalah yang lepas itu pun DAP yang mulakan, bukan ROS.

"Apa syarat yang ditetapkan, sudah pasti DAP kena patuhi sebab ROS ini badan pentadbir, mana ada organisasi-organisasi lain yang tidak ditadbit, kena akurlah. Cukuplah dengan mengugut-ugut ni," katanya.

Karpal dilaporkan mengugut ROS untuk mengambil tindakan undang-undang jika badan itu gagal mengiktiraf pemilihan semula CEC yang diadakan bulan lalu.

Beliau berkata bahawa parti itu telah menjalankan pemilihan semula seperti yang diarahkan ROS dan layak untuk diiktiraf.

DAP mengadakan pemilihan semula jawatan CEC dalam Kongres Parti Khas di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.-ANTARAPOS

1 comment:

Unknown said...

kondisi politik kadang naik, kadang turun, kunjungan juga ke blog saya www.goocap.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive