Maka akan berguling guling macai macai Pas akan adakan demo bantahan untuk menghalang Kerajaan Pas Kelantan dari meminjam wang sebanyak RM 2 Bilion dari Kerajaan BN Pusat untuk selesaikan krisis air bersih yang teruk di Kelantan..
Almaklumlah sebelum ini kan Pas kata duit kerajaan haram sebab tak tahu punca dari mana.. Sekarang dah tak haram sebab nak pinjam.. Rakyat Kelantan tak habis habis kena tipu dengan pemimpin mereka, Sebelum ni beriya iya kutip duit nak buat hiway.. Last last duit kemana, hiway kemana..
Sekarang ni pulak nak minta 2 Bilion kononnya nak selesai masalah air.. Nanti bila dah dapat tak selesai jugak.. Nak pinjam duit kerajaan pusat memang tak salah pun.. Kelantan pun dalam negara Malaysia jugak.. Tapi yang banggangnya pemimpin pemimpin Pas yang cakap tak serupa bikin..
Bila kerajaan pusat bagi bantuan kat rakyat, Pas kata HARAM.. Tapi bila kerajaan Pas Kelantan minta bantuan tak haram ka?? atau haram hanya untuk kerajaan UMNO/BN dan halal semua untuk Pas, Pkr dan Dap ?
Ce baca apa yang ditulis oleh blogger nie,
Cadangan kerajaan Kelantan untuk meminjam sebanyak RM 2 billion dari kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan masalah air di negeri tersebut, benar-benar telah memalukan Pakatan Rakyat dan parti-parti komponennya.
Dalam masa yang sama, mengesahkan dengan sendirinya bahawa Kelantan telah gagal menguruskan masalah air di negeri tersebut, tak seperti yang cuba dinafikan banyak kali oleh pemimpin negeri PAS sebelum ini.
Tak payah UMNO susah-susah mencanang ke seluruh Kelantan, kerajaan negeri itu sendiri telah mengesahkan sendiri kegagalan menyelesaikan masalah air ini adalah datang daripada mereka.
Belum lagi disebutkan bagaimana PAS dan media rasminya Harakah membalun kerajaan persekutuan hampir setiap masa, sekarang mereka nak minta pinjam wang dengan kerajaan persekutuan pula.
Dimana maruah?
Sebetulnya aku tak percaya pemimpin PAS tidak mampu memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah air di negeri tersebut, selain dari minta pinjam wang dengan kerajaan persekutuan.
Mesti ada jalan lain, takkan cara senang dengan pinjam wang? Ini bukan kali pertama pula tu, dulu pun dah bagi pinjam dah RM 600 juta, bagaimana wang itu dibelanjakan, sekarang nak mintak pinjam lagi? Macam mana PAS nak jawab soalan itu?
Aku simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah bersusah payah mempromosikan kehebatan pimpinan Pakatan Rakyat ini dengan begitu agresif sekali, tapi diakhirnya semua itu musnah dengan tindakan oleh kerajaan negeri Kelantan.
Tidak hairan kenapa PAS menjadi parti yang paling corot prestasinya dalam PRU13 yang lepas apabila sekadar menang di 21 kerusi parlimen (berbanding 23 kerusi pada 2008), selain Kedah yang baru ditadbir sepenggal, jatuh ke tangan BN semula.
DUN Kelantan sendiri menyaksikan kekurangan kerusi yang dimiliki PAS berbanding 2008. dengan UMNO menambah 6 kerusi DUN lagi.
Semua ini berlaku kerana ada kelemahan-kelemahan macam ini yang terlepas pandang oleh pimpinan PAS Kelantan. Aku yakin kalau pengumuman nak meminjam dari kerajaan persekutuan ini dibuat sebelum PRU13, pasti PAS akan tewas di negeri tersebut.
Justeru, jangan tambah lagi masalah yang sedia ada dengan membuat pinjaman dari kerajaan persekutuan. Batalkan sahaja cadangan tersebut dan tumpukan kepada mengumpul sumber-sumber yang banyak di Kelantan itu untuk dapatkan nilai RM 2 billion tersebut.
Bukan banyak mana sangat pun.
Kebimbangan yang lagi satu ialah UMNO (kalau setuju bagi pinjam pun), akan gunakan hasil pendapatan negara dari perniagaan judi, lumba kuda, lesen kedai ekor dan sebagainya untuk membiayai pinjaman tersebut. Nak ke PAS wang dari sumber-sumber yang selama ini haram pada mereka?- Negara Pakatan Rakyat
2 comments:
Nak tunggu duit tin milo sampai bila pun x cukup.
Hari2 kutip masuk poket.
ITULAH DIA FAHAM ORANG2 PAS. DAH 2013 PUN MASIH BELUM PANDAI LAGI. TAHUN 2020 TUJUH TAHUN LAGI AGAKNYA MEREKA DAH PANDAI KE ATAU MASIH BODOH.
Post a Comment