Friday, 5 July 2013

PEMUDA UMNO KECAM RAMPASAN KUASA GULING MORSI @khairiKJ @tunfaisal


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengecam tindakan rampasan kuasa oleh pihak tentera ke atas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Katanya, tindakan tentera menggulingkan Morsi sebagai melanggar prinsip demokrasi dan mengkhianati amanah rakyat.

“Kejadian yang berlaku di Mesir ini seharusnya diambil iktibar oleh seluruh masyarakat dunia. Demokrasi mesti diterima dan dihormati oleh semua,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.



Menurut Khairy, Morsi dipilih secara demokrasi dan bukannya rusuhan jalanan dan tidak sepatutnya digulingkan dengan kuasa tentera.

Beliau turut berharap agar keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Mesir tetap terjamin dan menasihati mereka agar tidak menghampiri ke kawasan yang sedang bergolak.

“Saya juga berharap agar Kementerian Luar terus memantau pergolakan di Mesir dan membuat persiapan awal jika perlu memindahkan rakyat Malaysia di sana bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Tentera Mesir Rabu lalu menumbangkan Morsi dan meletakkannya di bawah tahanan tentera.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai presiden sementara.

Di PUTRAJAYA, Kementerian Luar hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia berharap pelantikan presiden sementara Mesir akan membuka laluan bagi pemulihan dan pembaharuan peralihan demokrasi yang lancar kepada negara berkenaan.

Menurut kenyataanitu, Malaysia menggesa semua pihak agar berusaha ke arah mencapai penyelesaian yang aman dan mengelak daripada keganasan.

"Amat mustahak agar krisis yang ada diselesaikan secara aman dan menerusi proses demokrasi untuk memilih kepimpinan sah yang baharu dan mengembalikan segera kerajaan pimpinan awam sejajar dengan aspirasi semua rakyat Mesir.

"Malaysia percaya penyelesaian politik yang berpanjangan akan membantu Mesir mencapai keamanan, kemajuan dan kestabilan," petik kenyataan itu.

Semalam, Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir Adly Mansour mengangkat sumpah sebagai presiden sementara negara itu selepas tentera menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Morsi.-ANTARAPOS

3 comments:

Anonymous said...

Saya desak Pemuda Pas Tantawi dan Sallahudin jaga kan kesucian Ramadhan.Minta tolong (eh) Tantawi buat bantahah.

Kita tidak bolih harap dan jangan harap atau mimpi KJ untuk bantah kerana KJ yang nak kan mengambil alih Tan Sri Lee Lam thye punya jawatan sebagai Pengerusi MACFP /anti jenayah atas alasan KJ kehilangan computer riba dan telefon bimbit (2 item )aja pada malam FAM final.
Juga KJ tidak memberat kan perjuangan Dr Morsi. Yang ni dia cakap, agar Tantawi tak dapat nama yang pertama untuk sokong Dr Mursi.
KJ punya FB menunjuk ghairah dan seronok ada konsert .
Kerana Juga sibuk dengan penagihkan jawatan dan kedudukan di kementerian Barisan Nasional,mirip secara kecilan pengagihan 1M4U outreach RM55billion sahabat Cameron dan sumi FLOM juga ketua politikal Lab liberal bapak sekolah vernakular Ah Jib Gorrrrrr, yang hadhir di AKRIKA 2 hari aje dan masih belum balik dari London lepas cabut dari akrika secapat deras.

Tantawi, jadi MP ada peruntukkan kan ? Buat 2 in 1 .DEMO bantah Metalika dan demo sokong Mursi, amacam ?
Guna lah sekarang ,panggil dan jemput kumpulan BLACKOUT bantah lah kumpulan BLACK METALIKA.

Kalu kamu tak buat, saya ulang apa Ustas Pas cakap golongan saperti anda--saya ulang aje, Ustaz pas yang kata , siap dengan nas dan hujjah -- Munafik. Kalau nak rujuk TGNA, sila lah, tapi tunai kan tuntutan kesucian ramadhan.
At least kamu buat kerja Isle, KJ buat kerje juga.
arjuna waspada
changkat lobak

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Mengupas krisis politik Mesir sehingga terjadinya rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Mursi. Ikutilah tulisan saya bertajuk, ” Krisis Politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II”

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

Anonymous said...

terbaik... kena beb.. alah baru la dgr suara kj.. buat syarat.. nak undi umno.. buat la gempak..

sebelum pru.. hilang bak ditelan bumi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive