Tuesday 2 July 2013

PANASSS !!! PERGOLAKAN DI SYIRIA PUNCA KENAPA PAS NAMPAK MACAM ANTI SYIAH !!??


hiasan
Semalam akhbar Sinar melaporkan bahawa Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.
Katanya " Tindakan itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan."

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Forum Post Mortem PRU13 Menuju PRU14 diadakan di Komplek Pas Kedah di sini, kelmarin.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan Pas didakwa terbabit dengan ajaran Syiah, yang turut menjadi faktor kekalahan PR di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Syura sudah memanggil pemimpin berkenaan untuk membuat pengakuan sama ada terlibat atau sebaliknya dengan Syiah.

Beliau berkata, beberapa hari lalu pemimpin itu sudah menandatangani surat pengakuan bahawa tidak terbabit dengan sebarang aktiviti Syiah seperti yang diuar-uarkan.

Ini antara kenyataan agak janggal dari Ahli Majlis Syura Ulamak Pas.. Bukan aku nak hina atau mempertikaikan, jauh sekali nak mempermainkan kenyataan ini.. Sebaliknya untuk mencari jawapan sebenar..

Cuba fikir kembali bila pengaruh Syiah meresapi dalam parti Pas?? Ada siapa boleh jawab ?? Setahu aku pengaruh Syiah sudah berakar dalam politik Pas dah berpuluh puluh tahun.. Tapi kenapa Pas langsung tak ambil tindakkan.. Sampai ada yang buka pusat komuniti untuk rekrut ahli serta menyebarkan ajaran Syiah pun Pas tak ambil kisah..

Semua orang tahu bahawa beberapa pemimpin kanan Pas secara langsung menyokong fahaman Syiah.. Tak perlu tulis nama pun pembaca dah boleh agak..




Aku masih tak faham kenapa Pas masih belum menemui bukti bukti yang menunjukkan pemimpin Pas dan ahlinya penyokong fahaman Syiah.. Majlis Syura Pas perlu sedar bahawa penganut fahaman Syiah di Malaysia bukan seperti di Syiria mahupun Iran secara terang terangan mengakui diri mereka penyokong Syiah.. Di Malaysia penganut Syiah terpaksa menyembunyikan aktiviti mereka dari diketahui umum kerana Syiah bukan fahaman di terima di Malaysia..

Kenyataan Hadi Awang pada tahun 1998 menegaskan bahawa undang undang tubuhnya parti Pas dengan tegas meletakkan sumber hukum tertinggi ialah Al Quran, Al hadith, Ijmak Ulama dan Qias yang menjadi pegangan ahli sunah waljamaah dan setiap ahli Pas wajib mendokongnya

Tetapi kenapa Pas membiarkan pengaruh Syiah menapak dalam parti tanpa  menyekatnya?? Kenapa bila tercetusnya pergolakkan di Syiria (sekarang) baru Pas nak bersuara kononnya Pas anti Syiah?? Adakah benar Pas bersungguh sungguh mahu membanteras penganut penganut ajaran Syiah yang selama ini membantu berjuang bersama Pas??

Kalau kes video Stopa pun Pas tak berani nak ambil tindakkan apatah lagi beribu ribu penganut Syiah dalam Pas

Baca Ulasan Makna “Taqiyyah” Syi’ah? di SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive