Dulu mereka ditindas oleh Jamil, Sekarang nasib mereka terbela |
Sekarang, CEO anak anak syarikat Insaniah Holding Sendirian Berhad pula tak puas hati bila gaji mereka tidak dibayar oleh Kerajaan.. Sebenarnya aku dah ulas isu ini dua hari lepas (klik SINI) tapi memandangkan ramai yang masih belum faham situasinya maka aku jelaskan sekali lagi..
Dulu zaman kerajaan pas perintah, Jamil lebih mementingkan gaji kakitangan Insaniah Holding Sdn Bhd dari gaji kakitangan KUIN (gambar atas), sebab tu dulu ramai kakitangan KUIN marah bila gaji gaji mereka lambat dibayar, kerana gaji gaji mereka bukanlah sebesar gaji kakitangan Insaniah Holding Sdn Bhd..
Insaniah Holding ditubuhkan oleh Jamil kononnya untuk menjalankan perniagaan..Sebaliknya Jamil meletakakn kroni kroninya untuk mengkayakan mereka dengan duit rakyat.. Insaniah Holding mempunyai 5 anak syarikat seperti Insan Medic, Insan Fasih, Insan Bestari, Insan sistem dan Insan Maya.
Kesemua anak anak syarikat kecil ini jua mempunyai CEO bergaji antara RM 15 ribu hingga RM 35 ribu.. Kesemua CEO dan pegawai pegawai kanan dalam anak syarikat ini adalah kenalan Jamil.
Insaniah Holding disuntik dana sebanyak RM 1 juta oleh Kerajaan negeri untuk memulakan perniagaan. Rupanya perniagaan yang dijalankan mereka hanyalah orang tengah antara KUIN dan syarikat pembekal.. Lepas tu claim pula gaji dari kerajaan negeri sebanyak RM 1.4 juta sebulan untuk membayar gaji..
Dalam kenyataan para CEO Insaniah Holding diatas, mereka mendakwa Insaniah Holding Sendirian Berhad mempunyai hak dan masih ditanggung oleh Kerajaan Negeri Kedah kerana anak anak syarikat ini memberi khidmat kepada Insaniah selain menjana pendapatan yang disalurkan kepada Insaniah..
Persoalannya berapa juta pendapatan yang dijana oleh anak syarikat Insaniah Holding ?? Kalau jana pendapatan, kenapa perlu kerajaan negeri membayar gaji mereka berpuluh puluh ribu??
Kalau dilihat dari sudut teknikal, syarikat syarikat ini memang sah, kerana segala perjanjian antara anak anak syarikat ini dengan KUIN boleh diguna pakai.. Satu lagi, perjanjian ini dibuat oleh Jamil.. Dia guna kuasa veto sebagai Rektor untuk luluskan permohonan dari dirinya yang juga memegang jawatan CEO Insaniah Holding Sdn Bhd..
Dari segi moral pula, itu menjadi satu kesalahan sebab Jamil mengunakan kroni kroninya ini untuk habiskan duit rakyat.. Sebab tu bila BN ambil alih kerajaan negeri, Jamil Rektor letak jawatan serta merta sebab takut isu isu ini timbul..
Kroni kroninya yang masih mempunyai kontrak ini pula terkapai kapai bila Jamil tinggalkan mereka.. Jadi bila gaji mereka tidak dibayar oleh kerajaan, maka terpaksalah mereka buat muka tak malu meminta dari kerajaan.. Habis segala surat perjanjian antara mereka dan Jamil dikeluarkan kononnya sebagai bukti mereka ada hak..
Kalau ada hak, kenapa Jamil dah lari... Pi la cari Jamil kan??
Nantikan pendedahan Eksklusif jam 2 petang.
No comments:
Post a Comment