Friday, 5 July 2013

ISU AIR !! KHALID DAPAT " WAHYU " UNTUK TERIMA LANGAT 2 KETIKA TERTIDUR DI SIDANG MEDIA



Berikutan krisis air yang bakal melanda Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada 2014, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengubah fikiran apabila berkata beliau sedia mempertimbangkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).

Namun projek itu, katanya perlu mematuhi beberapa syarat termasuk mengambil kira isu harga yang setimpal dengan kos perlaksanaannya di samping tidak membebankan pengguna pada masa akan datang.

"Projek Langat 2 adalah perlu tetapi dengan mengambil kiraan 'economic value' kepada negeri. Jika harga yang kita ambil secocok dengan jangkaan kita sebab yang bayar adalah pengguna di Selangor.



"Kalau kita buat Langat 2, kita kena duduk berbincang untuk bagaimana menggunakan air dari Langat 2, kita kena guna harga terbaik untuk rakyat Selangor.

"Saya ingin beritahu Kerajaan negeri sudah bersedia untuk mengadakan perbincangan profesional bersama Kerajaan Pusat untuk menentukan bahawa rakyat Selangor akan mendapat perkhidmatan air terawat dengan harga terbaik sama ada melalui projek Langat 2 atau mana-punca air yang ada di Selangor," kata Khalid ketika menjawab pertanyaan tambahan oleh Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) dalam sidang dewan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri menolak projek Langat 2 dengan alasan bekalan air adalah mencukupi untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2019, selain proses rundingan penstrukturan semula industri air Selangor antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan belum selesai.

Dalam pada itu, ketika menjawab pertanyaan Shahrum Mohd Sharif (BN- Dengkil), Khalid menegaskan jumlah 17 bilion liter air yang disalurkan kepada pengguna di negeri ini adalah mencukupi walaupun sebanyak 30 peratus daripada air dirawat hilang semasa proses pengagihan.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan negeri dakwanya akan berusaha untuk mengurangkan masalah tersebut sehingga 15 peratus seperti yang telah dipersetujuan melalui perjanjian antara Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 2004 yang lalu.

"Kita ada 34 buah loji rawatan air di Selangor dengan jumlah air dirawat adalah 4,606 juta liter untuk satu hari. Dan adakalanya ia boleh ditingkatkan kepada 4,800 juta liter sehari.

"Jumlah air yang sampai ke pengguna adalah 70 peratus daripada jumlah keluaran tersebut.

"Pada dasarnya kalau semua air kita rawat sampai ke pengguna, tiada masalah air tak cukup. Tapi masalahnya adalah 30 peratus daripada air dirawat atau 'non-revenue water' hilang dalam proses pengagihan," katanya.

Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2.

Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja.

Penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.-AntaraPos

1 comment:

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Minta anda semua membuka mata dan mencari fakta tentang masalah ini. Cuba baca kupasan saya dari sudut ilmu hidrologi & kejuruteraan awam mengenai masalah tersebut dalam, "memahami sistem perbekalan air di Lembah kelang dan Projek langat 2 serta isu-isu berkaitan"

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive