Saturday 6 July 2013

ISU MURTAD !! NURUL IZZAH DIPANGGIL JAIS



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini diarah ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memberi keterangan berhubung ucapannya pada 3 November tahun lalu bahawa orang Melayu harus diberi kebebasan memilih agama mereka sendiri.

Pada forum forum Geraja Full Gospel Tabernacle bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya itu, Nurul Izzah dilaporkan berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Menurut portal mesra pembangkang Malaysiakini yang memetik peguam, Fadhlina Siddiq yang mengiringi Nurul Izzah, kes tersebut “diselesaikan dengan baik sekali” selepas ahli parlimen Lembah Pantai itu memberi penjelasannya kepada anggota panel JAIS.

"Beliau bukannya disiasat, tetapi membuat penjelasan. Tak ada isu pun yang disebutkan (bahawa) untuk hendak menukar akidah orang.



"Ia adalah perbincangan yang baik. Dan YB juga memberi penjelasan yang cukup baik," kata Fadhlina yang dipetik portal itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perbincangan selama hampir dua jam itu, yang bermula kira-kira jam 9 pagi ini.

Panel JAIS hari ini iketuainya pengarahnya Datuk Marzuki Hussain, turut melibatkan ahli akademik dan ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, katanya.

Kenyataan Nurul Izzah itu mencetus kontroversi apabila akhbar Utusan Malaysia melaporkan kenyataannya, beberapa hari selepas forum berkenaan berlangsung.

Nurul Izzah antara lainnya mendakwa, laporan akhbar berkenaan bermaksud bahawa beliau menganjurkan orang Melayu untuk murtad dari agama Islam dan menggalakkan orang Melayu untuk tidak beramal dengan cara Islam.

Beliau mengemukakan saman ke atas akhbar berkenaan pada 23 November lalu. Antarapos

1 comment:

Anonymous said...

selagi kau ada mulut.. putarlah mulut tu selagi kau mampu.. jika dah dikunci oleh Allah tak boleh lagi..

sebab tu la suka sgt pacak bendera warna warni... mau kebebasan samarata mcm LGBT perjuangkan.. mengapa sama warnanya??? adakah kebetulan???

bagi org islam yg masih ada iman tebal sebelum pacak tu tanya dulu kaji dulu tujuan apa..ambil dr mana lambang tu dan ada tak agenda tersembunyi?????.... jgn ikut membabi buta aje..

nanti anak kita keluarga kita terpesong.. salahkan diri sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive