Thursday 4 July 2013

ADAKAH INI BUKTI SYARIKAT PENGURUSAN C.M PAJAK TANAH SEHINGGA MENEKAN PENIAGA BUMIPUTERA ?? @NajibRazak @TengkuAdnanReal @tunfaisal @RazlanRafii



Isu penindasan syarikat pengurusan Central Market kepada peniaga peniaga Melayu bumiputera sudah beberapa kali didedahkan dalam blog ini dan beberapa rakan blog lain seperti The Unspinner dan Mykmu.net... klik sini, sini dan sini..

laporan Kosmo : Kadar sewa Pasar Seni Cekik Darah

Namun sehingga sekarang masih tiada apa apa tindakkan yang diambil oleh pihak berkenaan untuk mengambil tahu masalah peniaga peniaga ini melainkan Pertubuhan Ikhlas..

Pada tahun lepas, Ikhlas mendapati Pemilik sebenar premis Central Market ini iaitu Uda Holding telah memajak kepada syarikat Kha Seng Group selama 75 tahun..



Masalahnya bermula apabila peniaga peniaga bumiputera di Central Market ditekan dengan kadar sewa yang amat membebankan peniaga peniaga melayu disana..

Sehingga ramai peniaga peniaga Melayu terpaksa keluar kerana gagal menjelaskan sewa.. Seorang sahabat yang berniaga disini telah menyerahkan satu dokumen lengkap dan laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Ikhlas kepada pengurusan Central Market.







Lihat pada status gadaian dokumen diatas, adakah benar dakwaan Ikhlas bahawa Syarikat Pengurusan Central Market telah mengadaikan premis ini kepada Bank of China sehingga terpaksa menaikkan kadar sewa seterusnya membebankan peniaga ??

Aku dimaklumkan bahawa peniaga peniaga Melayu di Central Market kini tinggal lebih kurang 30 peniaga saja dari 240 kedai..

Harap dengan apa yang didedahkan ini dapat membantu pihak pihak berkaitan untuk menangani masalah peniaga Melayu bumiputera di Central Market..

1 comment:

Anonymous said...

jawab.. sape yg terlibat waktu tu.. tu waktu pm mana????? bukan tu aje... peniaga petronas alamanda isetan... padahal bawah dap.. melayu dihalau ditindas dianiaya.. dah bosan dgn tingkah sebahagian pemimpin umno..pas..pkr.. melayu pengkhianat bangsa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive