Sunday 30 June 2013

BERZIKIR SAMBIL MENARI ?? AJARAN BARU KA ??





Video berzikir sambil berdiri ini telah tersebar beberapa hari lepas dalam FB.. Kejadian berlaku ini dikatakan berlaku di Raub.. Orang sana panggil RATIB SAMAN dengan Ratib Tegak kerana sebahagian besar aktivitinya dalam keadaan berdiri.

Aku tak pasti sama ada Ratib Saman dan Ratib Tegak ini melanggar hukum syarak atau tidak?

Bagi mencari penjelasan tentang ini aku terjumpa jawapan dari DR Harun Din dibawah



SETIAP soalan memang ada jawapan. Jawapan itu bergantung kepadaa pengetahuan yang ada pada penjawabnya.

Kadang-kadang ada yang mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.

Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28).

Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Wallahu ‘alam.

3 comments:

Anonymous said...

aku bkn ustaz atau yg sama waktu dgnnyer hehe tp aku x malu tnyer pd ustaz mne skalipun wlaupun berbeza pahaman politik atau beza ape pun,namun byk jawapan yg aku tima dr ustaz2 yg dh aku tnyer jwpannyer...'' berbalik pd pengertian zikir tu dulu, setlh dijelaskan pd aku trus ditanyer aku balik,apakah zikir tu hnya mnyebut kalimah tertentu dgn berlagu, menyanyi melalak,menjerit atau yg sama dgn tu larhh, jwb aku berdasarkan ape yg dijelaskan pd aku tntang zikir dgn pnuh yakin aku trus jwb ' tak '...kta ustaz abis tu yg ko nk g menari melalak mcm tu watper ? aku tnya lg..jd x sesuai ler ustaz ? mdh jer jwb ustaz tu jgn ko putuskan ingatan ko pd Allah dlm ape jua keadaan...aku pun pegang lantak ko ler cara mne ko nk mengingati Allah tp biarlah mencerminkan Islam itu indah spt yg ditunjukkan Baginda Rasulullah SAW....

Anonymous said...

jangan mudah buat kesimpulan. apa yang dibuat oleh Jemaah di atas ialah bersenam. cuma senaman ini diselit dengan bacaan zikir. kalau kebiasaan senaman secular diselit dengan lagu dan kiraan 1 2 3. tapi senaman ahli Jemaah ini diselit dgn zikir mengingat Allah swt. wallahualam.

Anonymous said...

Membenarkan sesuatu perbuatan itu suatu hal, tapi adakah ulamak yang membenarkan perbuatan itu sendiri akan melakukan apa yang dibenarkannya?

Sesungguhnya imam syafie tidak akan mengatakan iya pada sesuatu yang dia sendiri tidak akan melakukannya. Begitu juga dengan Syiekh Abdul Qadir Jailani dan begitu jugalah dengan Imam Hanafi, Hambali dan Maliki.

Berzikir sambil menari-nari ini tidak pernah wujud dalam mana-mana mazhab ahli sunnah wal jemaah. Kalau tak silap yang 'zikir' menari-nari ni syiah je, tapi itu bukan mazhab ahli sunnah wal-jamaah.

So, saya hormati pendapat Haron Din kerana kredibilitinya tapi selagi Dato Haron Din sendiri tak cuba berzikir sambil menari-nari ni, maka opinion tu sekadar opinion.

Adalah dicadangkan agar Dato Haron Din join group yang berzikir sambil menari tu, pastu boleh 'rasa' sendiri samada zikir begitu boleh khusyuk ke tidak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive